Hiking di Bukit Berekeh
October 09, 2023Bismillah.
Awal semester haritu aku and the gang were too bored with our single life. Jadi Anas called me up one day and asked if I wanna go hiking. Destinasi yang dipersetujui pada awalnya ialah Gunung Kerunai, salah satu gunung yang memberikan pemandangan sangat indah di atas puncak. Aku setuju ja, sebab tak pernah hike lagi Gunung Kerunai.
Tapi malangnya plan Kerunai terpaksa cancel sebab nak naik Kerunai perlu menggunakan kenderaan 4x4. Dan tentunya pendakian Kerunai turut memerlukan hiking guide because none of us have experienced hiking there so we don't know the route and also we were worried about our safety issue.
Jadi destinasi hiking terpaksa ditukar kepada Bukit Berekeh. Walaupun pendakian Bukit Berekeh turut dilakukan pada waktu malam (3 pagi to be more accurate), tapi tak menjadi masalah kerana aku dan Ainul dah pernah mendaki Berekeh sebelum ni. So there is no problem about safety/route etc.
Jadi bersiap-siaplah kami berempat yang terdiri daripada aku, Ainul, Anas dan Sofea. Kami memulakan perjalanan dari kampus lebih kurang jam 12.30 malam, dan tiba di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) lebih kurang jam 2 pagi.
Kat OAOSC tu memang selesa. Ada tempat parking, tandas dan surau. Kebersihan pun memang tiptop. Korang tak perlu risau.
Selepas ambil wuduk, siapkan kelengkapan dan lain-lain, maka berjalanlah kami berempat dari OAOSC ke titik mula pendakian. Kami akan solat Subuh di atas sana, dan untuk memudahkan, kami akan jaga wuduk.
1 comments
wahhhhhh mesti terasa hilang penat lelah bila dapat view cantik begambar mcm tu kan?
ReplyDeletemekaseh singgah blog Kak Ana mmuahhhh hehe :)