Ulasan Buku: Puteri Naga Tiberius oleh Sri Rahayu Mohd Yusop

January 31, 2022

 

Bismillah.

gambar ihsan daripada Google, daripada laman web PTS


Aku dah lama tak baca novel Melayu, jadi aku agak eksaited bila aku nampak ada orang nak letgo buku ni kat Twitter. Terus aku beli, sekali dengan novel Tales of Beetle the Bard (salah satu buku dalam dunia Harry Potter). 

Aku tak letak expectation apa-apa. Cuma yang aku tahu, penulis dialah yang tulis novel Komsas tingkatan 5 aku, iaitu Bimasakti Menari. Aku suka tau novel tu, banyak kali aku khatamkan.

Puan Sri Rahayu ni rupa-rupanya memang tulis banyak gila buku. Dia auto masuk dalam list fav authors aku lepas baca novel ni.

Genre: Fiksyen fantasi

Mula-mula, aku susah jugak nak hadam buku ni sebab gaya bahasanya yang terlalu baku (ni opinion aku je). Ceritanya start daripada Putera Mahkota Basilius yang nak berjalan-jalan keluar daripada istana. Lepas tu, dia cerita pasal Sula dan latar belakang dia sebagai hamba kepada Bregheda.

Disebabkan awal tu aku tak terbiasa dengan gaya bahasa buku ni, so aku banyak kali jugaklah terpaksa baca, berhenti, baca, berhenti camtuu. Tapi once I got into the rythm and style, boleh je baca sekali jalan.

Cerita ni mengisahkan tentang Sula, seorang hamba yang ditugaskan membuat racun, melarikan diri daripada tuannya. Dia kemudian bertemu dengan Putera Basilius di dalam hutan. Berlakunya suatu insiden yang menyebabkan Sula menjadi penyelamat kepada putera tersebut. Di situlah bermulanya persahabatan mereka. Putera raja kemudian menghadapi ancaman daripada bapa saudaranya yang ingin merampas takhta. Dengan bantuan Sula yang bersahabat dengan naga legenda, mereka berdua membuat rancangan bagi mengembalikan takhta Maharaja Tiberius kepada Basilius.


Pembinaan dunia fantasi (worldbuilding) diolah dengan baik. Tak rasa macam everything is forced atau terlalu slow. Just nice dan korang boleh faham dan relate. Sebab apa aku kata boleh relate? Sebab penulis menggunakan kaitan dengan sejarah kita untuk menceritakan sejarah dunia buku ni. Contohnya, Madasi dan Hawais yang merupakan manusia pertama di dunia (kata kunci: Adam dan Hawa). Kemudian, mereka ada dua pasang anak kembar (anak-anak Nabi Adam). 

Tu juga merupakan antara sebab aku enjoy baca buku ni.

Karakter Sula aku memang minat la sebab dia ni memang strong, independent woman. Eh jap tapi dia budak lagi. 15 tahun. Such a young age to be so wise and mature. Dia ni memang berfikir dulu sebelum buat, tak ikut emosi dan matang. 

Basilius pulak Puter Mahkota kerajaan Tiber. Dia ni berlawanan dengan Sula. Terlalu yakin dengan diri sendiri hingga perbuatannya kerap memakan diri sendiri. Berani, pandai berlawan pedang dan jenis yang agak mengikut emosi, but when the circumstances need him, he can truly be the heir to the throne; he acts like one. Contohnya, selepas dia jumpa Sula, dia akhirnya buat keputusan untuk membebaskan mimiknya untuk selama-lamanya. Keputusan yang tak pernah dibuat oleh mana-mana raja sebelum ini.

Mebrune, guru Basilius, aku pun suka kerana aku anggap dia macam Merlin (pembantu Arthur yang bijaksana, sentiasa berada di sisi Arthur dan memberikan idea yang bijak). Tapi bagi aku, karakter dia boleh dikembangkan lagi. Agak sayang sebab dalam novel tu, dia memang betul-betul side character dan sepatutnya sebagai guru Basilius dan orang penting yang menulis sejarah kerajaan Tiber, dia sepatutnya diberikan moment untuk bersinar.

I mean... you know what i mean... (idk. whatever)

Jap nak letak disclaimer.

DISCLAIMER: I'M REVIEWING BOOKS FOR FUN. I DON'T HAVE ANY SKILLS OR HAVE THE SUITABLE BRAIN LIKE ALL OTHER BOOK REVIEWERS YALL HAVE EVER COME ACROSS.


Haaaa baru tenang guwe nak mengulas.

Plot, jalan cerita, best. Part perang tu pun diceritakan dengan baik. Kat sini penulis berjaya menceritakan bagaimana Basilius sememangnya layak bergelar raja (dia mengetuai bala tentera) dan Angas sememangnya pengecutttt

Ending? Aku sukaaaaa. It's kinda like bittersweet. Kalau ending Sula endgame dengan Basilius, it would make no sense at all. The whole book would be ruined because that would shatter her principles. She wants to be free, living a new life and see beyond the horizon.


 Overall, I give this book: 4.5 out of 5 stars.


Minus 0.5 stars because, well, how many books/stories I read/heard about a true heir giving up the throne and something else (in this book's case: other people's memories of Sula) to save a person's life?

Welp, a lot let me tell you that. It's kinda not cliche, but still the storyline's predicted.

Anyway, give this book a read yeorobunnnn. Yall will love it trust meeeee




You Might Also Like

4 comments

  1. Hi Memee Kun,

    Terima kasih kerana sudi review PNT. Insya Allah, bulan Mac ini sekuel, buku 2 dalam Kronikel Empat Bahtera akan dijual. Sudi berikan sokongan!

    ReplyDelete
  2. Oh this looks like something I would read.

    ReplyDelete
  3. Aaaaa dah lama dah beli buku ni kat Google Play Books tapi tak sempat-sempat baca. Dah baca review ni kena sempatkan juga sebelum balik kampus bulan depan 😭

    ReplyDelete
  4. Okay masuk bakul sekarang. Hehe. Thank you MK.

    ReplyDelete