Pergi ke Gua Tempurung!
January 30, 2022
Bismillah.
Tempoh hari, masa awal sem haritu, aku dan geng aku buat keputusan untuk pergi ke Gua Tempurung kat Gopeng. Sebenarnya, aku dah ajak diorang dari sem lepas lagi, tapi masing-masing sibuk waktu tu dan akhirnya kitorang pergi baru-baru ni.
Seminggu sebelum tu, aku dah sewa dua buah kereta memandangkan geng kitorang ada 8 orang. Axia dan Viva. Kedua-duanya auto. Bezanya, kereta Viva yang kitorang sewa tu berbunyi teruk dan agak fedap sebab harga sama mahal dengan Axia. Taubat dah nak sewa dengan orang yang sama :'(( burn duit.
Kitorang pergi pagi buta untuk ambil kereta. Tapi owner kereta sampai lambat yang membuatkan plan kitorang nak breakfast terpaksa dibatalkan. Kitorang just drive through kat McD je. Mujur McD ada.
Lepas tu, bukak Google Maps dan zoooommmm racing sampai ke gua. Aku drive Axia, Nad bawak Viva.
Sampai kat sana, ada RELA i think yang tolong guide kitorang nak parking kat mana. Kitorang pun memang excited gila-gila, terus ambil gambar.
Tiket dia berharga RM30 kalau tak silap aku. Tapi kalau korang bawak student card, diorang boleh kasi murah sikit haha. Kitorang tak bawak, so bayar jela banyak tu :)
Gua Tempurung ni gua batu kapur mostly, and ada mix marmar dan apa entah. Gua ni dulu jadi tempat tentera-tentera kumpul barang makanan dan senjata. Aku try la jugak cari kut-kut ada tengkorak askar zaman dulu ke haha.
Gua ni tinggi gila. Tak ingat ketinggian dia berapa tapi yang pasti, abang renjer tu cakap trek gua ni terpanjang di Malaysia. DIA YANG CAKAP OKEY, KALAU DIA TIPU AKU TAK TAHULA.
Tapi trek gua ni bukan yang paling ekstrem. Paling ekstrem ialah Gua Niah dan satu lagi gua kat Sarawak. Dia cakap, Gua Niah boleh muat dua buah kapal terbang.
Kat Gua Tempurung ni, ada 4 trek yang korang boleh pilih. Tapi masa aku pergi, diorang cuma buka trek 2 dan 4.
Apa beza trek-trek ni?
Trek 1 dan 2 merupakan dry tour. Meaning, kau akan diguide bawa masuk oleh seorang renjer (secara berkumpulan) sampai kat kawasan yang kering je. Kau tak akan masuk kat bahagian yang ada air.
Trek 3 dan 4 pulak masuk sampai kat bahagian air. Berdasarkan nombor trek, trek 2 lebih panjang daripada trek 1 dan trek 4 paling panjang (sampai the end of cave). Kitorang ambil trek 4 enam orang, Nad dan Mira tak join sebab mama Mira tak bagi. Diorang pergi jalan-jalan kat zoo dan Ipoh.
Group kitorang bergabung dengan 4 orang Jepun (2 lelaki, 2 perempuan). Aku sembang dengan perempuan muda tu, dia cakap diorang colleagues. Semuanya sensei (cikgu) yang mengajar kat sekolah all-japanese kat KL. Dari tahun 2020 kalau tak silap. Sampai sekarang diorang tak balik jepun. Aku tanya dalam English sebab dia nampak tak boleh sepaking Malay. Nak je aku try test japanese skills aku tapi tula segan gak. Sekadar arigato je hahahahha. (Dalam hati aku nak cakap watashi wa one piisu daiiiisukiii)
Awal-awal trek agak penat sebab kena naik anak tangga yang begitu banyak ya anak-anak :) Tapi bila kitorang start masuk kat bahagian wet (basah), masa tu takde dah anak tangga, memang pure tanah gua tu.
Trek tu, untuk orang yang tak berapa aktif, memang akan rasa ekstrem. Aku warning awal-awal tau. Member aku balik kampus, esok tu bangun sakit seluruh kaki dan belakang.
Ada part kitorang kena merangkak gaya army, sliding tanah curam, lompat lubang yang tak berapa dalam, berjalan dan berjalan.
Antara moment yang aku paling ingat ialah bila kitorang sampai kat satu kawasan ni. Abang Tajul (renjer kitorang) bagitau masa tu belum sampai separuh perjalanan. Dia suruh semua tutup lampu (oh ya. Kitorang pakai topi dan lampu headlight. Lampu sewa, RM5 sorang. So better korang bawak je lampu sendiri). Kemudian, dia suluh kat satu dinding gua, dan kitorang nampak banyak gila kelawar (tengah tidur kut sebab masa tu tengahari lagi).
Kemudian, dia tutup lampunya. So masa ni, keadaan memang gelap gelita. Aku pegang tangan lisa sebab dia takut. Rasa tenang sangat waktu tu and memang best. Sejuk. Menghayati ciptaan Tuhan.
Ada satu part kat hujung-hujung trek, dia tunjuk kat air mengalir dari atas. Dia kata boleh minum so kitorang pun minum. Memang segar dan best air tu. Maklumlah, air fresh kan. Anas isi dalam botol dia haha
Kasut Alia ada tercabut tapak sebelah masa nak masuk ke satu part gua. Masa tu awal-awal part juga. Abang Tajul pun berhenti dan dia baiki kasut Alia gunakan gunting je. Dia cucuk lubang kat bawah kasut tu dan ikat dengan tali kasut. Then lama lepas tu, sebelah tapak yang lagi satu tu tercabut. Abang Tajul baiki lagi sekali lepas kitorang keluar dari bahagian gua dan berada antara gua dan hutan. Dia bagitau yang kat situ ada jugak buat jungle trekking (sekali pakej bot. Harga RM150).
Memang cantik tempat tu. Kitorang pun berehat kat situ, kalau tak silap, tempat tu 20 mins away from the end of tour.
Keluar daripada gua, habis tour tu, kitorang duduk berlama-lama skit dalam sungai tu, take pics and everything. Just enjoying nature. Lepas tu kitorang salin baju kat shower room (toilet bayar 50 sen, shower RM1). Tak kisah kena bayar sebab memang bersih diorang jaga so memang selesa tau!
Lepas tu solat kat surau kat situ jugak sambil tunggu Nad dan Mira balik untuk pickup some of us. Plan seterusnya nak pergi piknik kat Tasik Wetland ke apa entah tapi sebab dua orang tu tak sempat beli makanan, so kitorang makan je kat restoran.
Bila keluar dari simpang Gua Tempurung tu, masuk kiri lepas tu jalan straight and korang akan jumpa first restorant tak lama lepas tu. Makanan boleh tahan sedap dan murah.
Ingatkan nak balik lepas makan, tapi kitorang decide we should enjoy the rest of the evenong and night. So kitorang pergi Gebang Malam Ipoh sebab ingatkan ada banyak benda kat situ, rupanya pasar malam biasa je dan tak banyak pun barang best. tapi aku beli earphone RM10 sebab earphone aku punya mic dah rosak =,=
By the way, satu benda yang lupa aku nak ceritakan ialah dalam Gua tempurung tu, banyak je kitorang jumpa sampah botol minuman yang dibuang merata-rata dan contengan-contengan pada dinding gua.
Korang kalau nak pergi mana-mana, please la jangan buat perangai beruk macam ni. Benci betul aku dengan mentaliti sampah macam ni. Tangan tu kalau tak gatal tak conteng, tak boleh ke? Plastik botol air tu, tahu kau dahaga, tapi tak boleh ke buang bila kau dah keluar gua?
Aku kalau jumpa orang macam ni depan-depan, memang aku tegur je terus. Jadilah manusia, bukan beruk.
Overall, aku memang suka trip ni dan memang recommend pergi kat sini. Kalau nak pergi, aku nasihatkan ambik Trek 4 supaya korang menikmati keseluruhan keindahan ciptaan Tuhan.
Setakat tu je entri kali ni. Sori gambar tak banyak sebab dalam tu gelap woii. Kamera phone aku pulak tak beri kerjasama uhuks
0 comments