Dirgahayu: Tanah Tumpahnya Darah Pengkhianat

May 09, 2023

 

Bismillah.




Tajuk: Dirgahayu
Penulis: Helmi Effendy
Penerbit: Mahakarya
Tahun Terbitan: 2020

Tak jangan salah faham. Aku bukannya nak cakap pasal dirgahayu negaraku Malaysia tercinta. Tapi ni ialah post ulasan buku yang aku baru je habis baca masa cuti sem haritu. 

Dah lama aku beli buku ni, cuma baru ada kesempatan masa lapang untuk buka plastic wrap, duduk dan baca. Nampak tak betapa busynya aku? Hiks.

Aku beli ketika buku ni tengah hyped kat tiktok dan twitter, which are two social medias I spent most of my time on. Tak pernah baca pun sinopsis, jadi pendapat pertama aku tentang buku ni ialah pasal pembunuhan. Tapi tak sangka, cerita ni sebenarnya lebih kepada ***SPOILER*** hantu.

Sebagai seorang yang mempunyai daya fokus untuk jangka masa pendek, agak sukar untuk aku teruskan perasaan ingin tahu dan ingin baca pada awal pembacaan. Tapi aku paksa jugak diri aku untuk teruskan sebab dah perabih duit kut. Takkan nak biaq membaziq gitu ja.

Dirgahayu ni nama sebuah tempat di Malaysia. Dan main characters dalam cerita ni ialah sekumpulan pelajar di sebuah universiti di Dirgahayu. Pada awalnya diorang semua ni strangers yang datang dari kelas sosial berbeza. Some are hotstuff pretty students, some are straight up nerdy nerds. Tapi disebabkan satu insiden ni diorang jadi kawan.

Disebabkan insiden tu jugak, wujudlah Si Luncai, iaitu penyebar mesej berangkai. Setiap mesejnya jadi kenyataan apabila mesej itu disebarkan kepada ramai orang. Bermula dari situ, satu persatu kejadian pembunuhan dan berhantu menghantui warga Dirgahayu.

Antara elemen yang membuatkan aku tertarik dengan novel ni ialah unsur-unsur lagenda contohnya karakter Tanggang yang disumpah oleh ibunya dan karakter Pontianak si hantu perempuan mengandung yang dibunuh lalu bertukar menjadi manusia apabila dipaku pada leher. Sebagai seorang yang menghargai nilai tradisi dan cereka dahulukala, aku jadi ekstra teruja bila baca part-part macam ni. Thumbs up to the author you did awrrrsomee ><

Selain tu, aku suka dengan konsep 'masa' yang digunakan. A kembali ke masa lalu untuk selamatkan B daripada mati dibunuh yang kemudiannya akan bertukar menjadi pontianak. Oleh kerana itu, pada masa hadapan, B akan hidup tapi suratan takdir berubah.

Yang menjadikan cerita ni bertambah menarik ialah elemen misteri dan 'thriller'. Dari awal watak Si Luncai diperkenalkan, tiada siapa yang tahu siapakah orang sebenar di sebalik sepotong nama itu dan kebenaran hanya diketahui at the end of the story. 

Overall, aku memang suka gilers dengan novel ni. 5/5 bintang sebab berjaya buatkan aku baca in one sitting.

Recommended? Heck yeah.


You Might Also Like

0 comments