Sejarah Rusia VS Ukrain: Bahagian 1

May 12, 2023

 

Bismillah.





Konflik Rusia vs Ukrain ni merupakan konflik tegang berpanjangan sejak dahulukala lagi. Masing-masing mempunyai pendirian sendiri dan cuba mempertahankan tanah masing-masing.

Topik ni kita sebut geopolitik, yang mana setiap negara mempunyai political interest masing-masing, dan cara mereka membuat keputusan politik tu bergantung kepada pendirian politik masing-masing.

Ukrain dan Rusia asalnya dua buah negara berbeza. Kedudukan mereka yang bersebelahan membuatkan diorang ni mempunyai asal usul ancetry yang sama, berkongsi sejarah yang sama, menggunakan bahasa yang hampir sama, dan mengikuti ajaran yang sama.

Pada abad ke-18, Ukrain menjadi sebahagian daripada Rusia di bawah pemerintahan "tsars" iaitu keluarga monarki Rusia. Oleh kerana mereka bimbang dengan kebangkitan nationalisme rakyat Ukrain, mereka telah melarang pembelajaran dan penggunaan bahasa Ukrain. Tujuannya adalah untuk memastikan mereka mempunyai kawalan politik dan kesatuan antara rakyat asal Ukrain dan rakyat Rusia.

Monarki dan institut diraja kemudiannya dihapuskan ketika Rusia menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1922. Kesatuan Soviet ni merupakan gabungan negara republik komunis termasuklah Rusia, Belarus, Ukrain, Georgia dan beberapa negara yang lain.

Pada tahun 1929, sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk mencipta ekonomi komunis sepenuhnya ("totally economy communist"), Joseph Stalin iaitu ketua Kesatuan Soviet ketika itu, telah memperkenalkan pelan "kolektivikasi" ("collectivization") yang menggantikan ladang-ladang milik individu dengan ladang kolektif yang dioperasikan oleh negara. Golongan peladang Ukrain yang paling terkesan dengan pelan ini telah memberontak terhadap usul tersebut. 

Sebagai tindak balas terhadap pemberontakan itu, Stalin telah melancarkan operasi "Holodomor" yang telah membunuh ramai rakyat Ukrain. Maklumat lebih lanjut tentang Holodomor boleh dibaca di sini.

Ketika Perang Dunia Ke-2, ramai askar Ukrain menyertai kumpulan tentera Nazi menentang Rusia kerana benci dengan ideologi Soviet Union. Tambahan pula, dendam tragedi "Holodomor" masih berbekas.

Apabila Rusia menang menentang Nazi, Joseph Stalin telah menjalankan operasi pengusiran besar-besaran  ("mass deportation")  rakyat Ukrain bawahan (dikenali sebagai "gulag") ke kem buruh paksaan Siberia. Disebabkan itu, Ukrain telah kehilangan satu perlima populasi rakyatnya terhadap perang dan "mass deportation".

Pada tahun 1954, Nikita Kruschev, ketua Kesatuan Soviet ketika itu yang mempunyai susur galur darah Ukrain, menyerahkan wilayah Crimea kepada Ukrain. Ada yang menyatakan bahawa ianya sebagai tanda permohonan maaf terhadap kekejaman Stalin.

Ketika Perang Dingin yang berlaku pada tahun 1991, blok negara Barat menang mengalahkan blok Kesatuan Soviet. Rentetan peristiwa ini, banyak negara termasuk Ukrain telah mengisytiharkan "independence" ataupun "berlepas tangan" daripada Rusia untuk mengelakkan negara masing-masing daripada menjadi habuan blok negara Barat.


Ketegangan antara negara Barat dan Rusia telah menyebabkan Rusia cuba merampas kembali Crimea daripada Ukrain. Hal ini kerana kedudukan geografi Crimea yang terletak bersebelahan Laut Hitam atau "Black Sea" menjadikannya sebagai satu wilayah ideal. Kawalan terhadap Black Sea menjadi keutamaan Rusia kerana beberapa kepentingan. Antaranya ialah kepentingan Laut Hitam dalam geoekonomi, kawalan sempadan negara, dan memperluaskan pengaruh. [left-sidebar]






You Might Also Like

0 comments