Masayume

    • Home
    • Student Life
    • Books

     

    Bismillah.

    gambar ihsan daripada Google, daripada laman web PTS


    Aku dah lama tak baca novel Melayu, jadi aku agak eksaited bila aku nampak ada orang nak letgo buku ni kat Twitter. Terus aku beli, sekali dengan novel Tales of Beetle the Bard (salah satu buku dalam dunia Harry Potter). 

    Aku tak letak expectation apa-apa. Cuma yang aku tahu, penulis dialah yang tulis novel Komsas tingkatan 5 aku, iaitu Bimasakti Menari. Aku suka tau novel tu, banyak kali aku khatamkan.

    Puan Sri Rahayu ni rupa-rupanya memang tulis banyak gila buku. Dia auto masuk dalam list fav authors aku lepas baca novel ni.

    Genre: Fiksyen fantasi

    Mula-mula, aku susah jugak nak hadam buku ni sebab gaya bahasanya yang terlalu baku (ni opinion aku je). Ceritanya start daripada Putera Mahkota Basilius yang nak berjalan-jalan keluar daripada istana. Lepas tu, dia cerita pasal Sula dan latar belakang dia sebagai hamba kepada Bregheda.

    Disebabkan awal tu aku tak terbiasa dengan gaya bahasa buku ni, so aku banyak kali jugaklah terpaksa baca, berhenti, baca, berhenti camtuu. Tapi once I got into the rythm and style, boleh je baca sekali jalan.

    Cerita ni mengisahkan tentang Sula, seorang hamba yang ditugaskan membuat racun, melarikan diri daripada tuannya. Dia kemudian bertemu dengan Putera Basilius di dalam hutan. Berlakunya suatu insiden yang menyebabkan Sula menjadi penyelamat kepada putera tersebut. Di situlah bermulanya persahabatan mereka. Putera raja kemudian menghadapi ancaman daripada bapa saudaranya yang ingin merampas takhta. Dengan bantuan Sula yang bersahabat dengan naga legenda, mereka berdua membuat rancangan bagi mengembalikan takhta Maharaja Tiberius kepada Basilius.


    Pembinaan dunia fantasi (worldbuilding) diolah dengan baik. Tak rasa macam everything is forced atau terlalu slow. Just nice dan korang boleh faham dan relate. Sebab apa aku kata boleh relate? Sebab penulis menggunakan kaitan dengan sejarah kita untuk menceritakan sejarah dunia buku ni. Contohnya, Madasi dan Hawais yang merupakan manusia pertama di dunia (kata kunci: Adam dan Hawa). Kemudian, mereka ada dua pasang anak kembar (anak-anak Nabi Adam). 

    Tu juga merupakan antara sebab aku enjoy baca buku ni.

    Karakter Sula aku memang minat la sebab dia ni memang strong, independent woman. Eh jap tapi dia budak lagi. 15 tahun. Such a young age to be so wise and mature. Dia ni memang berfikir dulu sebelum buat, tak ikut emosi dan matang. 

    Basilius pulak Puter Mahkota kerajaan Tiber. Dia ni berlawanan dengan Sula. Terlalu yakin dengan diri sendiri hingga perbuatannya kerap memakan diri sendiri. Berani, pandai berlawan pedang dan jenis yang agak mengikut emosi, but when the circumstances need him, he can truly be the heir to the throne; he acts like one. Contohnya, selepas dia jumpa Sula, dia akhirnya buat keputusan untuk membebaskan mimiknya untuk selama-lamanya. Keputusan yang tak pernah dibuat oleh mana-mana raja sebelum ini.

    Mebrune, guru Basilius, aku pun suka kerana aku anggap dia macam Merlin (pembantu Arthur yang bijaksana, sentiasa berada di sisi Arthur dan memberikan idea yang bijak). Tapi bagi aku, karakter dia boleh dikembangkan lagi. Agak sayang sebab dalam novel tu, dia memang betul-betul side character dan sepatutnya sebagai guru Basilius dan orang penting yang menulis sejarah kerajaan Tiber, dia sepatutnya diberikan moment untuk bersinar.

    I mean... you know what i mean... (idk. whatever)

    Jap nak letak disclaimer.

    DISCLAIMER: I'M REVIEWING BOOKS FOR FUN. I DON'T HAVE ANY SKILLS OR HAVE THE SUITABLE BRAIN LIKE ALL OTHER BOOK REVIEWERS YALL HAVE EVER COME ACROSS.


    Haaaa baru tenang guwe nak mengulas.

    Plot, jalan cerita, best. Part perang tu pun diceritakan dengan baik. Kat sini penulis berjaya menceritakan bagaimana Basilius sememangnya layak bergelar raja (dia mengetuai bala tentera) dan Angas sememangnya pengecutttt

    Ending? Aku sukaaaaa. It's kinda like bittersweet. Kalau ending Sula endgame dengan Basilius, it would make no sense at all. The whole book would be ruined because that would shatter her principles. She wants to be free, living a new life and see beyond the horizon.


     Overall, I give this book: 4.5 out of 5 stars.


    Minus 0.5 stars because, well, how many books/stories I read/heard about a true heir giving up the throne and something else (in this book's case: other people's memories of Sula) to save a person's life?

    Welp, a lot let me tell you that. It's kinda not cliche, but still the storyline's predicted.

    Anyway, give this book a read yeorobunnnn. Yall will love it trust meeeee




    Continue Reading

     

    Bismillah.

    klik gambar untuk join segmen :))


    So aku scroll down Sis Ika ni punya ig, and turns out she's a bookstagrammer. OMG. Sebenarnya dah lama tau aku tergoda nak jadi bookstagrammer (perks of being one: you get free books) tapi aku malas nak buat akaun Instagram yang baru. Edit gambar tu boleh je sebab canva kan ada hikhikss.

    Jom join segmen ni. Sama-sama kita sapot bloggers sesama kita!



    Continue Reading

     

    Bismillah.

    Klik gambar untuk ke link giveaway okeysss :))



    Aku suka tau join bloglist ni. Sebab dapat mengeratkan silaturahim (jawapan tak jujur). Dan jugak dapat menambahkan trafik blog aku ehek (jawapan jujur dari dasar hati yang paling dalam:P)

    Blog Sis Solehah ni aku selalu baca, sebab font dia kemas dan tak terlalu besar dan tak terlalu kecik (some of yall blogs have faint coloured and toooo smallll fonts i wonder who can read em? Ants, maybe?) Dan entri dia menariklah jugak.

    Dia cakap ada rezeki lebih, dia nak hadiahkan buku yang dia tulis. WAIT A DEM MINUTE!! SIS YOU'RE A WRITER??? OMG??? I LOVE WRITERS (they are hella cool) (auto join segmen ni dan harap laaa aku menang!!)



    Continue Reading

     

    Bismillah.

    klik gambar untuk ke link giveaway :))


    Macam ada aku sebut sebelum ni, aku dah lama tak join giveaway. Pastu tadi aku klik-klik blog yang aku biasa baca, kut-kut la ada giveaway ke apa. Then terjumpa la dengan blog2shout ni. Giveaway dia memang mantulsss hadiah dia buat mata aku bersinar bling blingsss gitcheww


    Syarat pertama dia suruh tulis benda-benda murni. Heh aku tak reti faking words so here goes my attempt at murni thingss

    Semoga sis yang anjurkan giveaway ni dimurahkan rezeki yang halal dan sihat sentiasa :)

    Syarat kedua, done subscribe dan tengok vids. Sis ni memang jenis lasak eh.

    Syarat keempat, aku teka dia berasal dari Kedah hehe. Cayala cakap aku, memang Kedah punyaaa.


    Kepada yang join, all the best dan semoga aku menang!!


    Continue Reading

     

    Bismillah.


    sila klik gambar untuk ke link giveaway :)


    Alrightyy geng. Sebenarnya lama dah aku tak join giveaways haha. Last, maybe masa sekolah menengah. So semalam aku terjumpa la giveaway by Sis Elly Matin, pastu aku buat keputusan why nott kannn. 

    Btw thank you Sis Elly for holding this giveaway :)))

    Target aku untuk tahun 2022 takdelah banyak mana. Dah lama aku tak buat goals dan azam tahun baru. Tapi tahun ni aku buat, sebab aku decide nak bangkit daripada tahun 2021 yang full of shtz.


    1. Get good grades every sem. Aku tahu level aku, so aku tak harap 4 flat pun. Aku cuma berharap at least, 3.5 dan ke atas. Tapi prefer 3.7 ehehe

    2. Derma darah sekurang-kurangnya 1 kali. Tahun lepas aku pernah cuba nak derma darah, tapi brader tu cakap berat kena at least 45 kg. And yeah, aku below that. So tu jugak menjadi punca mengapa portion nasi aku bertambah setiap kali makan. I'm tryina gain weight here okeysss

    3. Baca 20 buah buku termasuk buku bukan fiksyen. Unfortunately, I am not a good fan of non-fics. They bore me on the first page T,T. Tapi aku tahu yang buku non fics ni bagus untuk majukan minda, tambah pengetahuan blabla etc so I HAVE TO FORCE MYSELF I GUESS.


    Tu je goals 2022 yang boleh aku kongsi hehe :P So apa goals korang? 


    Continue Reading

     

    Bismillah.

    Tempoh hari, masa awal sem haritu, aku dan geng aku buat keputusan untuk pergi ke Gua Tempurung kat Gopeng. Sebenarnya, aku dah ajak diorang dari sem lepas lagi, tapi masing-masing sibuk waktu tu dan akhirnya kitorang pergi baru-baru ni.

    Seminggu sebelum tu, aku dah sewa dua buah kereta memandangkan geng kitorang ada 8 orang. Axia dan Viva. Kedua-duanya auto. Bezanya, kereta Viva yang kitorang sewa tu berbunyi teruk dan agak fedap sebab harga sama mahal dengan Axia. Taubat dah nak sewa dengan orang yang sama :'(( burn duit.

    Kitorang pergi pagi buta untuk ambil kereta. Tapi owner kereta sampai lambat yang membuatkan plan kitorang nak breakfast terpaksa dibatalkan. Kitorang just drive through kat McD je. Mujur McD ada.

    Lepas tu, bukak Google Maps dan zoooommmm racing sampai ke gua. Aku drive Axia, Nad bawak Viva. 

    Sampai kat sana, ada RELA i think yang tolong guide kitorang nak parking kat mana. Kitorang pun memang excited gila-gila, terus ambil gambar.


    pakcik tu yang tolong ambikkan gambar ni. Tq pakcikk!!!


    Tiket dia berharga RM30 kalau tak silap aku. Tapi kalau korang bawak student card, diorang boleh kasi murah sikit haha. Kitorang tak bawak, so bayar jela banyak tu :)

    Gua Tempurung ni gua batu kapur mostly, and ada mix marmar dan apa entah. Gua ni dulu jadi tempat tentera-tentera kumpul barang makanan dan senjata. Aku try la jugak cari kut-kut ada tengkorak askar zaman dulu ke haha.

    Gua ni tinggi gila. Tak ingat ketinggian dia berapa tapi yang pasti, abang renjer tu cakap trek gua ni terpanjang di Malaysia. DIA YANG CAKAP OKEY, KALAU DIA TIPU AKU TAK TAHULA.

    Tapi trek gua ni bukan yang paling ekstrem. Paling ekstrem ialah Gua Niah dan satu lagi gua kat Sarawak. Dia cakap, Gua Niah boleh muat dua buah kapal terbang.

    Kat Gua Tempurung ni, ada 4 trek yang korang boleh pilih. Tapi masa aku pergi, diorang cuma buka trek 2 dan 4.

    Apa beza trek-trek ni? 

    Trek 1 dan 2 merupakan dry tour. Meaning, kau akan diguide bawa masuk oleh seorang renjer (secara berkumpulan) sampai kat kawasan yang kering je. Kau tak akan masuk kat bahagian yang ada air.

    Trek 3 dan 4 pulak masuk sampai kat bahagian air. Berdasarkan nombor trek, trek 2 lebih panjang daripada trek 1 dan trek 4 paling panjang (sampai the end of cave). Kitorang ambil trek 4 enam orang, Nad dan Mira tak join sebab mama Mira tak bagi. Diorang pergi jalan-jalan kat zoo dan Ipoh.


    subhanallah :)


    Group kitorang bergabung dengan 4 orang Jepun (2 lelaki, 2 perempuan). Aku sembang dengan perempuan muda tu, dia cakap diorang colleagues. Semuanya sensei (cikgu) yang mengajar kat sekolah all-japanese kat KL. Dari tahun 2020 kalau tak silap. Sampai sekarang diorang tak balik jepun. Aku tanya dalam English sebab dia nampak tak boleh sepaking Malay. Nak je aku try test japanese skills aku tapi tula segan gak. Sekadar arigato je hahahahha. (Dalam hati aku nak cakap watashi wa one piisu daiiiisukiii)

    Awal-awal trek agak penat sebab kena naik anak tangga yang begitu banyak ya anak-anak :) Tapi bila kitorang start masuk kat bahagian wet (basah), masa tu takde dah anak tangga, memang pure tanah gua tu. 

    Trek tu, untuk orang yang tak berapa aktif, memang akan rasa ekstrem. Aku warning awal-awal tau. Member aku balik kampus, esok tu bangun sakit seluruh kaki dan belakang.

    Ada part kitorang kena merangkak gaya army, sliding tanah curam, lompat lubang yang tak berapa dalam, berjalan dan berjalan.

    Antara moment yang aku paling ingat ialah bila kitorang sampai kat satu kawasan ni. Abang Tajul (renjer kitorang) bagitau masa tu belum sampai separuh perjalanan. Dia suruh semua tutup lampu (oh ya. Kitorang pakai topi dan lampu headlight. Lampu sewa, RM5 sorang. So better korang bawak je lampu sendiri). Kemudian, dia suluh kat satu dinding gua, dan kitorang nampak banyak gila kelawar (tengah tidur kut sebab masa tu tengahari lagi).

    Kemudian, dia tutup lampunya. So masa ni, keadaan memang gelap gelita. Aku pegang tangan lisa sebab dia takut. Rasa tenang sangat waktu tu and memang best. Sejuk. Menghayati ciptaan Tuhan.

    Ada satu part kat hujung-hujung trek, dia tunjuk kat air mengalir dari atas. Dia kata boleh minum so kitorang pun minum. Memang segar dan best air tu. Maklumlah, air fresh kan. Anas isi dalam botol dia haha


    Gambar apa bergegar ni woiii >,,,<

    Antara gambar dalam gua yang berjaya aku ambil.


    Kasut Alia ada tercabut tapak sebelah masa nak masuk ke satu part gua. Masa tu awal-awal part juga. Abang Tajul pun berhenti dan dia baiki kasut Alia gunakan gunting je. Dia cucuk lubang kat bawah kasut tu dan ikat dengan tali kasut. Then lama lepas tu, sebelah tapak yang lagi satu tu tercabut. Abang Tajul baiki lagi sekali lepas kitorang keluar dari bahagian gua dan berada antara gua dan hutan. Dia bagitau yang kat situ ada jugak buat jungle trekking (sekali pakej bot. Harga RM150).

    Memang cantik tempat tu. Kitorang pun berehat kat situ, kalau tak silap, tempat tu 20 mins away from the end of tour.



    Keluar daripada gua, habis tour tu, kitorang duduk berlama-lama skit dalam sungai tu, take pics and everything. Just enjoying nature. Lepas tu kitorang salin baju kat shower room (toilet bayar 50 sen, shower RM1). Tak kisah kena bayar sebab memang bersih diorang jaga so memang selesa tau! 

    Lepas tu solat kat surau kat situ jugak sambil tunggu Nad dan Mira balik untuk pickup some of us. Plan seterusnya nak pergi piknik kat Tasik Wetland ke apa entah tapi sebab dua orang tu tak sempat beli makanan, so kitorang makan je kat restoran.

    Bila keluar dari simpang Gua Tempurung tu, masuk kiri lepas tu jalan straight and korang akan jumpa first restorant tak lama lepas tu. Makanan boleh tahan sedap dan murah. 


    Ingatkan nak balik lepas makan, tapi kitorang decide we should enjoy the rest of the evenong and night. So kitorang pergi Gebang Malam Ipoh sebab ingatkan ada banyak benda kat situ, rupanya pasar malam biasa je dan tak banyak pun barang best. tapi aku beli earphone RM10 sebab earphone aku punya mic dah rosak =,=

    By the way, satu benda yang lupa aku nak ceritakan ialah dalam Gua tempurung tu, banyak je kitorang jumpa sampah botol minuman yang dibuang merata-rata dan contengan-contengan pada dinding gua. 


    banyak lagi contengan macam ni sebenarnya, tapi aku terlalu sedih untuk ambil gambar. Kalau korang perangai beruk macam ni, jangan kawan dengan aku tau. Aku tak berkawan dengan beruk :"

    Korang kalau nak pergi mana-mana, please la jangan buat perangai beruk macam ni. Benci betul aku dengan mentaliti sampah macam ni. Tangan tu kalau tak gatal tak conteng, tak boleh ke? Plastik botol air tu, tahu kau dahaga, tapi tak boleh ke buang bila kau dah keluar gua?

    Aku kalau jumpa orang macam ni depan-depan, memang aku tegur je terus. Jadilah manusia, bukan beruk.



    Overall, aku memang suka trip ni dan memang recommend pergi kat sini. Kalau nak pergi, aku nasihatkan ambik Trek 4 supaya korang menikmati keseluruhan keindahan ciptaan Tuhan.

    Setakat tu je entri kali ni. Sori gambar tak banyak sebab dalam tu gelap woii. Kamera phone aku pulak tak beri kerjasama uhuks



    Continue Reading

     

    Bismillah.




    Buku ni aku beli preloved punya, RM8 daripada someone yang memang tengah let go buku-buku kepunyaannya. Aku dah pernah tengok movie ni dulu (ada adaptasi filem), masa aku kecik lagi sebab novel ni dah lama sebenarnya. Therefore, aku tahu jalan cerita dan aku tahu ending buku ni. Inilah puncanya aku susah nak habiskan bacaan buku ni, aku keep on baca sikit put down baca sikit put down sebab aku dah tahu cerita dia macam mana hahhahaha. I don't wanna spoil ya, but it's a good ending.

    Buku ni ditulis menggunakan POV orang ketiga. Latar masa ialah ketika Perang Dunia Ke-2. Watak utama, Bruno ialah anak seorang christian Commandant yang berumur 9 tahun, sedih kerana family diorang terpaksa berpindah ke Out-With, kawasan terpencil jauh dari rumah mereka di Berlin kerana tugas ayahnya.

    Dah nama pun budak, so mestilah dia bosan sebab takde kawan. Kawasan tu bukan rumah perumahan. Fyi, it's a Jewish camp. I don't know what it's called, tapi tu tempat yang diorang (christians) kumpul Jews. Bruno ada kakak bernama Gretel, tapi biasala siblings diorang tak main sama-sama.

    So Bruno ni memang suka explore tau. One day dia decide nak explore kawasan luar rumah and that's how he met Shmuel.

    The rest of the story, yall have to read for yourself. Or maybe watch the movie i guess.

    Tapi berbanding movie dan buku, aku lagi suka buku. Aku dapat menyelami perasaan Bruno dan the cruel Holocaust.

    Aku rasa macam nak cerita pasal Holocaust for those clueless peeps out there, but not in the post. Someday kut.


    Buku ni start dengan Bruno came home from school and found that the maid, Maria, was in his room, packing up his stuffs. Dia pun tanya mak dia kenapa ni? Mak dia cakap la yang diorang kena pindah sebab kerja ayah. Then the story unfolds yada yadaa.



    heartbreaking :''(





    Overall, i give this book 3.5 out of 5 stars.

    Minus 1.5 stars because at times, I couldn't comprehend Bruno's actions. Like that time Shmuel conveyed his sad memories, and Bruno said he couldn't understand why Shmuel was sad. I mean, okay I get it he was a child. But I don't think... I dunno does a child act like that? He was smart and brilliant-should've been able to take a hint.

    Plus, Bruno doesn't know what a Jew is. HELLO?? Your dad is a commandant for the love of flowers (this is my style of curse word hehe) how could you not know what a Jew is?!!

    And Shmuel, he was always sitting there in front of the fence every evening. Bro didn't have to work? How's that even possible?

    I love how the story is really easy to read and understand. The author didn't put a lot of difficult words in the book so I didn't have to trouble myself googling all that hard stuffs.

    But the story was good nonetheless. I read a lot of critics that reviewed this books as a false truth to Holocaust education, but hey it is FICTIONAL. A historical fiction. What you expect?


    Do I recommend this? YES.

    Would I reread this book? Definitely. But not that soon. Maybe sometime in the future because I got a lot of things to do.

    The ending was a good one you know. Because it didn't tell in exact details what happened to Bruno and Shmuel, but well you know what happen *winkk


    By the way, ni buku pertama aku baca tahun 2022. Aku target nak baca 20 buah buku (sempena my age) hehe. Pray for me yeorobunnn~~



    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Total Pageviews

    About me

    About Me

    forever 22. a currently struggling student who sometimes wishes she could be a cat instead. an avid fan of zint lu, books and stargazing enjoyer.

    Follow Me

    • youtube
    • pinterest
    • instagram
    • tiktok

    My Followers

    Labels

    adventure book contemporary fantasy finance foundylife historicalfic history memoir penang perak psychological religious studentlife thriller untuk budak baru nak mengenal dunia youngadult

    chatbox

    #ISupportPalestine

    #ISupportPalestine

    recent posts

    Most Popular

    • Gunung Alai, A Picturesque View
    • Ulasan Buku: The Boy in the Striped Pyjamas- John Boyne

    Blog Archive

    • ►  2024 (3)
      • ►  June 2024 (1)
      • ►  May 2024 (1)
      • ►  February 2024 (1)
    • ►  2023 (14)
      • ►  November 2023 (1)
      • ►  October 2023 (7)
      • ►  September 2023 (2)
      • ►  July 2023 (1)
      • ►  June 2023 (1)
      • ►  May 2023 (2)
    • ▼  2022 (7)
      • ▼  January 2022 (7)
        • Ulasan Buku: Puteri Naga Tiberius oleh Sri Rahayu ...
        • JJM Bloglist Year 2022
        • Pencarian Bloglist Januari-Februari 2022 by Nazefa...
        • Superhost! Giveaway
        • GIVEAWAY ELLY MATIN
        • Pergi ke Gua Tempurung!
        • Ulasan Buku: The Boy in the Striped Pyjamas- John ...
    • ►  2021 (8)
      • ►  December 2021 (4)
      • ►  November 2021 (1)
      • ►  July 2021 (1)
      • ►  January 2021 (2)
    • ►  2020 (15)
      • ►  December 2020 (8)
      • ►  November 2020 (3)
      • ►  October 2020 (2)
      • ►  August 2020 (2)
    • ►  2017 (1)
      • ►  April 2017 (1)

    fav blog

    • Elle Mazlan
    • Faezah Mdnor
    • Anamizu
    • SofieAdie
    • Amazing Distance
    • between the lines
    • the untold stories
    • Syazwani Izzati
    home instagram pinterest tiktok

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top