Pertama Kali di Book Xcess Ipoh

December 27, 2021

 

Bismillah.



Tempoh hari aku pernah beritahu yang aku ada pergi kat BookXcess kat Ipoh. Beli satu je novel sebab aku is miskin.

Novel The Last Grand Adventure, aku dah ulas kat sini (pergi baca sekarang!! >;<)

Untuk entri ni, aku nak cerita pasal kecantikan dan ke-aesthetic-an tempat ni pulak.



BookXcess kat sini ada satu ruang bawah tanah yang sangat cantik. Kalau korang masuk kat bawah tu, korang boleh jumpa galeri seni Yasmin Ahmad. Kat bawah tu memang banyak novel Eng. Ada novel famous, tak famous, ada juga komik DC which is, aku pun terkejut tengok sebab awesome gila kuttt.


Memang korang kena turun ke bawah ni untuk mendapatkan pengalaman terpesona dengan bau buku dan kecantikan tempat ni.









masuk ke dalam bilik tu, korang akan nampak galeri seni tu. Tak adalah banyak barang mana pun. Cuma ada beberapa memento pasal sumbangan arwah dan poster filem-filem arwah sebelum ni.




soriii ni gambar random ehek



my hensem johnny depp!!! By the way, aku geram tau dengan geng produksi Fantastic beasts 3 sebab drop Johnny Depp daripada watak Grindelwald. I hate them so much! Depp terang-terangan tak salah kut! Mahkamah pun dah bagi kata putus cakap Depp yang jadi mangsa.  








interior designnya lawa siotttt





Aku menyesalll tau tak beli Flawed ni kat sini sebab kat Popular tempoh hari memang mahal nak mampuih. Ada dalam RM 50+ tak silap. Ni ko tengok. RM 19.90????? Dahekkkk

By the way, aku memang peminat Cecelia Ahern. Aku baru baca 2 or 3 buah buku yang dia tulis, dan semuanya aku fall in love! Ada satu buku ni, tajuknya If You Could See Me Now adalah antara buku yang termasuk dalam list Forever-In-Love aku tapi malangnya buku tu dah kena rampas masa kat asrama dulu. Dan aku tak dapat balik buku tu! Life sucks :'((((





HARRY POTTAHHHHH






more books to fall in love with :)




buku kanak-kanak pun ada yalllsss





Kalau korang berada di seberang jalan, korang akan nampak bangunan ni. Kat sinilah terletaknya BookXcess tu. Cantik kan bangunan ni? Pandai betul designer ni letak pokok-pokok serabai tu. Di sebelah bangunan ni pulak ada kafe yang buka waktu pagi. Aku, sufi dan Anas makan kat situlah haritu. Mee kari dia boleh tahan. Price is macam biasa, dah nama pun kafe, mestilah agak pricey untuk student.




Kesimpulannya, pengalaman aku semasa berkunjung ke tempat ni ialah da best! Top notch! Harga pun murahsss! Yalah dah nama pun BookXcess, memang murahlah kannnn. Sayangnya, masa aku pergi waktu tu, aku dalam fasa broke ashek kalau tak memang aku dah borong semua buku yang lain :'((


itu je untuk entri kali ni. Adios!



You Might Also Like

2 comments

  1. bagusnyaa..terbaik la...kalau saya malas baca buku huhu

    ReplyDelete