Islam Agama yang Benar- "you don't need to have a religion to be good"

December 10, 2021

 

Bismillah.




Benda aku nak cakap ni mungkin agak berat. Aku pun cuba mencari perkataan dan ayat yang sesuai supaya benda yang aku nak sampaikan ni dapat disampaikan dengan baik. Supaya orang tak salah faham. Supaya jelas makna tanpa berbelit.

Aku sebenarnya antara pengguna tegar media sosial Twitter. Banyak benda best boleh tengok. Benda kelakar, random daily rant, benda serius. Semua ada. Dan semua tu pun bergantunglah kat siapa following kau. Kalau kau jenis follow geng bisnes, banyaklah benda bisnes, tips etc. Kalau kau jenis follow budak yang suka merentan single setiap hari, benda tulah yang akan lalu kat timeline kau setiap masa.

Macam aku, aku suka follow orang-orang hebat dalam bidang masing-masing contohnya Mag Malaya yang berpengalaman luas dalam bisnes, Zamir Mohyedin (untuk siapa yang tak kenal, encik Zamir ni salah seorang speaker ML Studios favourite aku dulu. Tapi dululah. Sekarang ni, video ML studios banyak merapu je), geng-geng digital artists, Pidot (digital artist yang aku start follow sejak aku tahu dia terlibat dalam produksi animasi Lawak Kampus) dan ramai lagi lah. Malas lak nak sebut sorang-sorang kat sini.

So adalah baru-baru ni, isu yang timbul hangat kat Twitter.


"You don't need to have a religion to be good"


Pernah dengar ayat ni?

Aku akan bercakap(menulis) daripada perspektif seorang Muslim.

First of all,

Sebagai seorang Muslim, wajib kita percaya bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diterima oleh Allah S.W.T.

Meh aku ulang lagi sekali.

SEBAGAI SEORANG MUSLIM, WAJIB KITA PERCAYA BAHAWA ISLAM ADALAH SATU-SATUNYA AGAMA YANG BENAR DAN DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T.

Bila wujudnya segelintir Muslim yang mempersoalkan benda ni, kononnya tak perlu ada agama pun untuk buat baik etc, ini dah jadi satu isu yang sangat bahaya sebab berkaitan dengan akidah.

Orang Islam wajib percaya Islam adalah agama yang benar dan sama sekali tak boleh menyamakan agama Islam dengan agama lain. 


So, boleh ke kita nak paksa orang bukan Islam masuk Islam?

Tak boleh. Allah dah berfirman dalam Al-Quran, bahawa Islam bukan agama paksaan. Islam agama yang sudah terang-benderang kebenarannya. Agama yang lengkap sejak 1400 tahun yang lalu. Tiada paksaan dalam beragama kerana sudah jelas sekali kebenaran Islam.

So, bolehlah kita nak hina agama lain?

Tak boleh. Kita perlu menghormati agama lain. Menghormati agama lain bukan bermakna kita iktiraf agama lain selain Islam adalah betul. Dalam dunia ni agama Islam sahaja yang betul. Nabi Muhammad adalah rasul terakhir. Tiada lagi agama lain yang benar selain Islam. Kalau tahun depan tiba-tiba ada yang mengaku Rasul utusan Tuhan, dapat wahyu, tu semua tipu. Okey?

Haa banyak kali dah aku ulang ni. Islam agama yang benar. Menghormati agama lain bukan bermakna kita iktiraf agama lain selain Islam adalah betul. Dalam dunia ni agama Islam sahaja yang betul.

Please bear that in mind, dear Muslim bros and sis.


Tu la kut yang aku nak cakap kali ni. Semoga akidah kita semua terus terjaga. If you guys have any topics yall want me to talk about, do drop it in comment! 


till then, tata.


You Might Also Like

0 comments