Pengalaman Ambil Lesen Motor

February 26, 2024

 Bismillah.



Kisah cinta antara aku dan motor agak berliku. Aku mula ambil lesen motor selepas SPM, sekaligus dengan lesen kereta. (btw lesen kereta aku manual okey heh). Selesai dapat lesen L, macam biasa, kita akan start belajar litar (02) dan jalan raya (03). Aku datang kelas motor 02 untuk dua hari je, lepas tu aku give up dan berhenti belajar.

Punca aku berhenti ialah kerana aku jatuh motor sampai berdarah lutut T^T. Gila betul. Maklumlah aku memang tak pernah belajar motor sebelum ni. Tahu membonceng kat belakang je. Motor kat institut memandu tu dah berapa banyak dah aku patahkan side mirror haha.

Somehow, dapatkan lesen motor ni memang ada dalam life bucketlist aku. Ni semua gara-gara aku tengok mak aku bawak skuter macam best je pergi mana-mana. Yelah, kalau kereta kena hadap jem. Bawak skuter boleh lalu shortcut, dan tak susah cari parking.

Sebab yang lain ialah aku rasa pandai motor ni merupakan salah satu essential basic skills. Contoh kau bayangkan, kalau ada emergency nak kena hantar anak klinik, kereta masuk bengkel, waktu tu tengah peak hour ke pebenda, then motor la solusi terbaik. Tak gitu?

Okey kita sambung cerita.

So tahun lepas aku start daftar balik lesen motor, tapi bukan kat kampung aku sebab aku dah masuk universiti. Aku daftar di institut memandu berdekatan dengan kampus aku. Aku hadir untuk ceramah motor, buat ujian bertulis dan yadayada dapatlah lesen L (once again). Lepas tu aku kena booking tarikh untuk hadir kelas 02. 

On the day yang aku sepatutnya hadir kelas motor, aku TERLAJAK TIDUR. Kelas pukul 8.15, aku bangun pukul 8. Macam gila aku kejutkan member aku suruh hantarkan. Sampai je kat sana dalam pukul 8.30, akak kat kaunter tu dah tak terima. Dia cakap aku lambat datang, dah tutup register dah. Aku geram betul part ni tapi memang salah aku so takleh buat apa.

Selepas dari hari tu, aku keep putting off untuk booking kelas. Sampailah habis sem, kemudian masuk sem baru tak ada progress langsung (masa ni macam tak teringat langsung kat kelas motor), kemudian sem baru lagi sekali barulah aku nak sambung balik. Sebab awal tahun 2024 dah kena pergi intern, so aku fikir lagi bagus kalau pergi kerja dengan motor.

Tapi tak sempat booking kerana aku selalu procrastinate. Sebelum habis sem, aku call ayah aku minta dia daftarkan aku kat institut memandu yang aku pernah pergi tu. Ayah aku kerja kat situ btw, so senang jela proses.

First day aku belajar, aku jatuh kat bulatan. Seluar koyak, lutut berdarah. Memang trauma wei haha. Balik tu aku senyap je sampailah mak aku tanya "okey tak tadi?" Tak cakap banyak, berjurai air mata jantan aku keluar. Tanjat mak aku sebab aku ni mana pernah nangis. Kitonyo tough girl okeyyy. 

Hari ketiga aku belajar, aku jatuh lagi. Kena kat lutut yang sama tapi kalini jatuh kat bahagian titi. Yang mana pernah belajar moto tahulah titi dia halus macam liang lahad. Mak aih belum baik lagi luka lama dah berdarah kembali. Punyala dalam luka tu nak dijadikan cerita aku terpaksa solat duduk 3 hari sebab takleh sujud. Hambikkk ko nak sangat belajar motor kann padan muka.

Tapi aku cekalkan hati do. Aku teruskan pergi belajar motor macam biasa. Lama-lama tu aku dah pandai dah bawak motor. Titi 7 saat pun aku boleh buat.

Tibalah hari ujian JPJ. Giliran aku di sesi 1, nombor 11. Gemuruh berdebar cemas semua ada la. 

Bila turn aku tiba, aku pun buat CITO (cermin sisi, lampu, hon) macam biasa. First halangan, titi. Naik slow.... BAMMMMMMM!!!!!!!! Aku jatuh motor, motor jatuh atas aku!

Cilakak punya titi. Dahlah sakit satu hal, malu pulak satu hal lagi. Kau bayangkan semuaaaaa orang tengah tengok kau. Haih tak tahu nak letak muka kat mana.

Cikgu lelaki datang tolong aku angkat motor. Masa ni dah berair dah mata aku haha. Dia suruh aku bawak motor pergi buat jalan raya pulak. Jalan raya okey, lulus. Halangan, gagal. Kena repeat.

Masa ni sebenarnya aku dah cuak. Flight aku 3 hari selepas tarikh JPJ yang baru. Kalau aku gagal lagi sekali, memang bye bye jela lesen. Aku terfikir jugak untuk reschedule flight tapi maleh ah. 

Macam biasa, sambung belajar bawak motor. Pagi petang langit cerah gelap mendung semua aku dah lalui. 

Okey, diringkaskan cerita, Alhamdulillah berjaya jugak aku lulus JPJ dan dapat lesen motor. Bolehlah aku fly dengan senang hati hehe.

Tu jela yang aku nak cerita. Kbye. Next post will probably be about my wholesome wonderful experience in Japan.




You Might Also Like

1 comments

  1. yeay alhamdulillah finally dapat juga lesen kan , cekal jugak awak ni tak mudah putus semangat

    ReplyDelete