Tragedi Pearl Harbour- Serangan Mengejut Tentera Jepun

November 17, 2021


 Bismillah.





Sebenarnya banyak kali dah aku dengar orang sebut tentang pearl harbor ni. Tapi malangnya aku tak pernah tahu cerita sebenar secara teliti di sebalik peristiwa tu. 

Bagi aku, peristiwa bersejarah macam nilah yang budak-budak zaman sekarang patut tahu dan ambil tahu. Tapi cuba tanya budak-budak yang lebih kurang 20-an yang lepak kat Starbucks sambil bertiktok. Kau tahu tak pasal pearl harbor ni? Confirm out of 10, 1 orang je yang tahu.

Macam mana aku yakin? Well gais... aku 19 tahun dan aku pun baru faham cerita ni. 

Maksud aku mudah. Budak-budak (budak di sini merujuk kepada golongan muda belia lebih kurang range age 15-30y/o) zaman sekarang tak tahu cerita sejarah ni. Umur sebenar belia di Malaysia menurut kerajaan aku tak tahu. Rasanya sampai umur 40 but it's okay. Kita tak nak cakapasal tu. Sekarang ni kita nak cakapasal pearl harbor.


Apa sebenarnya Pearl Harbor ni?

Pearl Harbor merupakan pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat yang terletak di Kepulauan Hawaii. Di sinilah terletaknya armada terbesar Amerika Syarikat di seluruh Asia pasifik yang mana telah dibina pada tahun 1908. Memandangkan di sinilah pangkalan terbesar, maka tidak hairanlah terdapat banyak kapal-kapal perang AS disimpan di sini.

Dalam tragedi ini, seramai lebih 2000 orang telah terbunuh dan lebih 1000 cedera. 

 

Kronologi Tragedi

Serangan mengejut tentera Jepun ini berlaku dalam dua fasa; serangan pertama dan serangan kedua, pada hari yang sama iaitu pagi Ahad 7 Disember 1941.

Lebih kurang jam 7 pagi, radar Amerika Syarikat telah mengesan kumpulan pesawat udara yang menuju ke Pearl Harbor dari arah utara. Namun tiada amaran lanjut dikeluarkan kerana menyangka bahawa pesawat tersebut merupakan pesawat B-17 milik AS.

 Pada lebih kurang pukul 7:50 pagi (ada sumber mengatakan pukul 7:48 pagi, ada yang mengatakan pukul 7:55 pagi. Yang mana betul, aku pun tak tahu), pesawat pengebom Jepun dilihat memasuki kawasan udara Pearl Harbor yang diketuai oleh Kapten Mitsuo Fuchida. 



Beliau melancarkan suar hijau sebagai signal untuk memulakan serangan. Kod mesej "Tora! Tora! Tora!" seterusnya dihantar untuk memaklumkan bahawa misi pertama telah berjaya.

Pada 5 minit pertama (or so they say. it can be lesser or few more minutes. history is not that consistent, you see), 40 pesawat torpedo Jepun telah menyasarkan kapal perang utama AS. Selain itu, USS Arizona yang merupakan kapal perang terbesar dan terbaik ketika itu telah diserang dan dijatuhkan bom oleh 49 buah pesawat pengebom. Setiap bom mempunyai jisim sebanyak 800kg. Akibatnya, USS Arizona meletup dan lebih 1100 orang krew kapal terkorban.

Dalam serangan pertama itu, kebanyakan kapal mengalami kerosakan namun hanya USS Arizona yang tenggelam sepenuhnya.

Serangan kedua bermula lebih kurang 8 pagi. Kumpulan kedua pesawat udara tentera Jepun tiba dan setiap satunya telah menjatuhkan 2 butir bom.

Untuk melaksanakan dan 'execute' serangan mengejut ini, Laksamana Yamamoto Isoroku, pakar strategi perang telah membuat rancangan selama berbulan-bulan.


Kesan Serangan di Pearl Harbor

Beberapa jam selepas serangan berjaya, Jepun telah menyerang rantau-rantau di Asia Tenggara iaitu Hong Kong, Tanah Melayu dan Filipina. Dengan membawa slogan "Asia untuk Asia" dan "Jepun Pelindung Asia", empayar Jepun berjaya menakluki rantau-rantau tersebut serta menghapuskan kuasa penjajah Eropah di Asia Tenggara.

Apabila berita tentang serangan Pearl Harbor tiba di Amerika Syarikat, wujud sentimen anti-Jepun dalam kalangan orang ramai. Persidangan Kongres AS telah mengisytiharkan perang dengan Jepun. Dengan ini, Amerika Syarikat dengan rasminya turut menyertai Perang Dunia Kedua secara langsung.


Mengapakah Jepun Menyerang Pearl Harbor?

Ada beberapa rentetan peristiwa yang mendorong serangan mengejut tentera Jepun terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat. Antaranya termasuklah:

1) Mencari sumber ekonomi baru

Negara Jepun ketika itu mengalami perkembangan pesat. Industri-industri yang membangun memerlukan sumber bahan mentah yang banyak. Perlu diketahui bahawa Jepun bukanlah sebuah negara yang kaya dengan sumber bahan mentah. Hal ini telah mendorong Jepun untuk meluaskan kawasan pengaruhnya ke China dan Manchuria.

2) Tekanan diplomatik AS-Jepun

Hubungan diplomatik antara dua negara ini mulai tegang apabila Jepun meluaskan kawasan pengaruhnya ke China dan Manchuria. Sebagai respons terhadap penaklukan Jepun, Amerika Syarikat telah melakukan sekatan dagangan ke atas Jepun. Aset-aset yang dimiliki oleh Jepun telah dibekukan oleh bank-bank AS. 

Perkara ini mendatangkan konflik kepada Jepun kerana Jepun bergantung kepada import AS untuk mendapatkan sumber minyak mentah.

Sebuah rundingan diplomatik US-Jepun telah diadakan pada tahun itu namun gagal mencapai kesepakatan. Presiden AS ketika itu, Franklin D. Roosevelt telah menjangkakan serangan daripada Jepun namun tidak meningkatkan pertahanan dan keselamatan di Pearl Harbor kerana tidak menjangka Jepun akan menyerang Pearl Harbor, memandangkan tempat tersebut terletak lebih 6000 km daripada Kepulauan Jepun.


Tragedi Pearl Harbor tercatat sebagai salah satu peristiwa penting dalam sejarah dunia kerana ia telah menyumbang kepada kemenangan blok bersekutu dalam Perang Dunia Kedua.




You Might Also Like

0 comments