Finished My First Sem!
December 26, 2020
Bismillah.
Sesuai dengan tajuk, jadi apa yang aku nak tulis adalah tentang memori-memori aku bergelar pelajar universiti. Well secara jujurnya, tak dikira pelajar uni lagi memandangkan aku baru ambil asasi, iaitu pre-university. Jadi kiranya aku ni pelajar pra-universiti. Hmm
Pendapat aku?
Best gila rupa-rupanya. Ingatkan belajar kat uni ni lagi paroks daripada belajar kat sekolah, but no. It's actually the opposite. Aku tak pasti adakah faktor subjek yang diambil ataupun Covid-19 (ODL) turut menyumbang dalam memudahkan pembelajaran, tapi yang pasti, setakat ni memang belajar syok gila.
Subjek untuk sem ni aku ambil 5. Technical English, Islamic Studies, Structured Algorithms & Programming, Thinking Skills dan Chess (kokurikulum). 5 subjek ni adalah subjek wajib untuk September intake. Untuk Non-Muslim, diorang akan ambil Moral Studies. Secara konklusinya, subjek-subjek untuk sem ni memang paling senang untuk asasi. Semuanya subjek yang tak perlu banyak gunakan otak kecuali Programming tu. Subjek programming tu aku no comment. (baca:RIP)
Aku suka gila subjek Islamic Studies (selain programming) sebab sir aku (sometimes kitorang panggil ustaz), suka bercakap pasal isu semasa dan dia tak fokus pada silibus tau. Ada 2 kelas setiap minggu, setiap kelas durasinya satu jam. Setiap kali kelas, sir mesti akan ada that one particular question yang buat kitorang dumbfounded. Contohnya antara soalan yang aku ingat, Who is Allah? Okay jujurnya yang lain aku tak ingat sebab aku tak catat TT. Best gila dalam kelas ustaz walaupun kitorang tak tahu apa jawapannya. And at the end of the day, kitorang still tak tahu apa jawapannya sebab pattern ustaz, dia akan cakap and discuss je. Dia tak conclude tau >,<
Dalam kelas aku, setakat yang aku kenal cuma ada Malaysians and one Indonesian guy named Gandewa. Tapi setakat yang aku kenal jelah sebab kitorang kan online masa class tak bukak cam tau sebab takut ganggu connection so tak berapa nak kenal semua orang.
UTP? Oh UTP is such a niceeee place to go to. Mestilah aku cakap nice sebab aku belajar kat situ ekekkeke. Kalau aku belajar kat UMP pun aku cakap UMP nice :P
Tapi seriously tau, best gila duduk UTP. The place is so dammmnn pretty tau. Petang-petang aku akan jalan-jalan around UTP. Sometimes dengan Nik, some other times aku jalan dengan Ainul K or Tiyah and Anas or sometimes aku jalan sorang-sorang je.
Adalah jugak beberapa kali aku bangun pagi lepas subuh, pergi jalan-jalan kat Oval Park untuk tengok sunrise. Best tau tapi sayangnya time aku rajin tulah matahari terlindung oleh awan :'( tak nampak sunrise manaa
Makanan?
Nahh. The food here is nice, tapi somehow tak kena dengan taste bud aku. Deria rasa aku diajar sejak kecil untuk rasa pedas, rasa ikan singgang mak aku masak, air tangan mak aku, makanan Terengganu only. Jadi bila datang sini, aku macam teruja gila nak cuba ayam masak merah, ayam blackpepper apa semua tu tapi sumpah lain do rasa dia. Dia bukannya tak sedap, cuma memang lain di lidah aku. Member aku cakap sedap je. Haish sedih gila. End up aku banyak makan nasi goreng daripada nasi berlauk which isz so sadzz.
Duit?
Memandangkan aku dapat biasiswa, Alhamdulillah, so aku tak pernah mintak duit dengan umi aboh aku (setakat ni). Tapi well yall know me aku ni boros tau sejak pandai guna online banking and ada duit sendiri ni so ada that one time, bila dalam bank cuma tinggal RM 30 (omg!). Waktu ni time penghujung sem. Duit cash aku ada RM50, and masa ni tak tahu lagi nak balik dengan bas atau parents datang ambik. Jadi memang... Kau bayangkan, hidup aku selang-seli. Hari ni makan maggi, esok tak makan, lusa maggi lagi. Dang it patutlah tak cukup zat kurus kering aku.
Masa tu rasa macam, Ya Allah bila nak balikk niii nak makan sedap-sedap nak makanan Terengganu omooo. Agak lama jugak aku melalui hari-hari sebegitu. Maybe dalam 2 atau 3 minggu?
Alhamdulillah, hari-hari hitam dalam hidup aku dah berlalu. Now I'm back at home, eating delicious food everyday! My stomach is happier now!! =D
Assignment banyak ke?
Setakat ni, TAKK. Every subject cuma dapat 1 assignment individu dan 1 group assignment. Kecuali chess aku dapat 2 individual assignment.
Ada apa kat Seri Iskandar?
UTP ni kan, aku tak tahulah dia terletak dalam daerah mana. Tapi setiap kali aku shopping kat Shopee, aku just letak Seri Iskandar, Perak. Tapi aku tak yakin Seri Iskandar tu nama daerah tapi tak tahulah hmm. Anyway, ada beberapa kali jugaklah aku and the gang keluar jalan-jalan. Kitorang pernah pergi AEON Station 18 kat Ipoh. Honest opinion: tak banyak sangat stores so not recommended. Kat situ ada POPULAR, tapi entah kenapa sikit gila buku-buku dia. Tak penuh rak pun. Yang ada banyak pun buku dalam bahasa Cina. Kitorang ingat nak pergi kat Tidofish, not sure tempat apabenda tu, tapi dia baru bukak. Tapi kitorang tak sempat pergi tau sebab lepastu kes Covid naik dan Perak kena PKPB.
Sebenarnya semasa PKPB, aku memang tak keluar pergi mana-mana pun walaupun lepas tu kawasan kitorang dah jadi zon hijau. Sebab, malas tau nak kena bayar Grab. Dah tu, Grab takleh masuk. Kena jalan pergi main gate, which, jauh gila dari village kitorang.
Kat Seri Iskandar ni takde 7-Eleven tauu. Ada MyKori baru bukak, sempat la merasa sekali. Subway, KFC, McD tu ada je. Tapi banyak bangunan-bangunan yang kosong la. Tak tau bila tempat ni nak penuh dengan shops.
Overall, my first sem was fun! Next sem kitorang akan belajar subjek Sains. Omoo eksaited gila aku! Tak sabar rasanya nak belajar fizik, math, chemistry semua tu. Next sem, kitorang sepatutnya ada lab tau. Masuk makmal, eksperimen apa semua tu. Lab coat dan goggle dah beli dah pun. Tapi sayangnya, untuk sem depan kitorang akan still belajar ODL. Dan untuk mereka yang dah pulang ke rumah, diorang takleh datang ke UTP sem depan sehinggalah diberitahu. Sem depan, hanya geng FYP dan geng yang tak siap lab je boleh datang. Others, stay at home.
Aku tak tahulah result sem1 keluar bila. Nervouse teroks gak ni. Guys, pray the best for me okayy =D Thankiuu in advance >,<
0 comments