Bismillah.
I'm writing this on 14/1/2021, at 12:53 a.m. while finishing my first lab report. I dunno when I'll publish this, so better i put the date haha.
I listened to a kuliah podcast by Dr Zulkifli Al-Bakri, the ex-mufti Milayah and current Minister of Religious Affairs and thought I should share it here.
Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, selepas kewafatan Nabi dan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, zaman yang menunjukkan suatu perubahan drastik terhadap Islam. Dikatakan tertegaknya 1000 menara atau 1000 mimbar. Satu kerajaan empayar kuno Parsi yang bertapak 1000 tahun lebih telah tumbang. Pada zaman Khalifah Umar juga, tentera-tentera Rom yang dianggap empayar hebat ketika itu, mereka seolah-olah sudah patah sebelah sayap.
Saidina Umar pada zamannya cuba untuk memberi suatu pembaharuan kepada Islam. Iaitu apabila sentiasa berinteraksi dengan musuh-musuh Islam atau negara yang bukan Islam, maka surat di kepalanya adalah kosong.
Sedangkan Maharaja Rom, mereka mengambil tarikh Nabi Isa sebagai kalendar mereka. Saidina Umar berpandangan untuk tidak mengikuti jejak langkah mereka kerana tidak mahu mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani. Justeru Saidina Umar meminta pandangan.
Ada yang memberi cadangan bahawa tarikh Islam ditetapkan mengikut tarikh kelahiran Nabi. Ada juga yang mencadangkan tarikh Nabi dirasulkan. Saidina Umar tidak bersetuju kerana berasa masih ada unsur mengikut. Akhirnya, ada yang mencadangkan tarikh permulaan hijrah. Saidina Umar bersetuju kerana katanya, tarikh tersebut ialah tarikh pembeza antara Islam dengan kufur. Antara kebenaran dengan kebatilan. Kerana dengan tarikh itulah, Islam dapat diterjemahkan, dapat dinegarakan, dapat dizahirkan dalam bentuk keseluruhan (kulli), dan bukan lagi dalam bentuk juzuk-juzuk kecil.
Ini menunjukkan jauhnya pemikiran Saidina Umar.
Ini bukan isu kebenaran tetapi bagaimana kebenaran dapat dizahirkan. Perlambangan sebelum dapat dizahirkan ni amatlah dahsyat. Islam tak dapat diamalkan sepenuhnya. Sebagai contoh keluarga Sumayyah yang diseksa, Bilal yang diseksa, dijemur di tengah panas namun tetap di bibirnya terlafaz "Ahad.." menggambarkan keesaan Tuhan.
Kemudian, apabila setelah berlakunya hijrah, kita dapat lihat Islam dapat dizahirkan. Itulah menjadi perlambangan bagaimana kebenaran dapat dizahirkan. Maka terciptalah kalendar Hijrah.
The reason I find this amusing because I don't recall knowing about the origin of the calendar hijrah. Like, I never knew they were searching for a date for Muslims to use.
Ok then. Back to work. Ciao