Masayume

    • Home
    • Student Life
    • Books

    Assalamualaikum.




    Hari ini saya ingin berkongsi tentang sebuah komik yang memberi impak yang sangat hebat dalam hidup saya. Komik yang telah memberikan saya sebuah impian dan cita-cita terhebat pernah saya impikan.

    Sejak kecil, saya sememangnya dibesarkan dengan corak pemikiran bahawa saya perlu menjadi seorang doktor. Bahawasanya kerjaya seorang doktor inilah kerjaya teragung, tiada kerjaya lain yang lebih hebat, lebih baik daripada seorang doktor. Saya membesar di kawasan perkampungan, kurang terdedah kepada teknologi semasa kecil dan orang-orang kampung juga tak ramai yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading.

    Tidak saya ketahui, bahawa dunia ini luas, penuh dengan pekerjaan yang pelbagai cabang hahaha.

    Komik ini saya beli pada tahun 2016, ketika berusia 14 tahun. Masih muda, darah panas kata orang. Saya sememangnya penggemar komik Misi sejak dulu lagi. Jadi bila nampak komik ni di kedai buku, memang akan terus beli tanpa membelek dahulu sinopsis.

    Komik inilah yang pertama kali memperkenalkan saya dengan dunia fizik. Misi  Fizik memperkenalkan saya dengan ilmu kehidupan, sekurang-kurangnya begitulah bagi saya. 

    Misi Fizik benar-benar membuka mata saya, memperkenalkan saya dengan dunia baru. Selepas membaca Misi Fizik, saya mula memasang angan-angan untuk menjadi seorang yang hebat seperti Fizi. Berjalan ke kelas, kipas berpusing, kereta memecut di jalan raya. Setiap sekecil-kecil perkara dalam hidup kita boleh dirumuskan dalam rumus fizik. Bagi seorang budak hingusan, perkara ini amatlah menakjubkan dan saya rasa bersemangat untuk belajar Fizik ketika peringkat menengah atasan nanti.

    Cikgu Sains saya semasa tingkatan 2 kerapkali bertukar, kerana cikgu yang asal terpaksa cuti bersalin. Ada 3 orang guru ganti selepas itu, tapi yang paling saya suka ialah Cikgu Hisyam.

    Antara tiga orang guru ganti tersebut, Cikgu Hisyam lah yang paling sporting. Selamba aje dia pasang movie Angry Birds dan Train to Busan selepas mengajar untuk beberapa ketika. :P:P:P

    Cikgu Hisyam ni alumni sekolah tersebut. Beliau belajar bidang perubatan dan ketika itu, sedang menunggu panggilan posting daripada pihak hospital. Atas permintaan sekolah, beliau berbesar hati untuk mengisi kekosongan guru. 

    Sebarang kekeliruan dan pertanyaan lebih lanjut tentang fizik, segalanya saya ajukan kepada beliau. 

    Misi Fizik buat saya menangis :;( gembira dan terharu. Cita-cita Fizi besar, nun jauh ke angkasa sana. Impiannya untuk menakluk angkasa. Sesuatu yang tidak pernah saya terfikir, apatah lagi berangan.



    "Kamu lebih hebat daripada yang kamu fikirkan" - Prof Afkar



    Continue Reading



    Bismillah.




    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menjengah blog saya yang tidak seberapa ini. Segala waktu yang anda peruntukkan untuk membaca blog picisan ini amatlah saya hargai. Mudah-mudahan kita semua dapat beroleh manfaat sedikit sebanyak.

    Yang kedua, ingin saya jelaskan di sini bahawa blog Masayume ini ialah blog lama saya, ditulis ketika masih di bangku sekolah. Segala entri yang lama telah saya padam, dek kekurangan kosa kata dan gaya bahasa yang kurang sesuai. 

    Tujuan saya menulis kembali adalah bagi meningkatkan penguasaan saya dalam bahasa, selain turut bertujuan berkongsi pandangan dan ilmu. Juga, sebagai nota dan rujukan kembali untuk mengingati apa yang telah dikongsi.

    Semoga Allah merahmati kita semua.
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    Total Pageviews

    About me

    About Me

    forever 22. a currently struggling student who sometimes wishes she could be a cat instead. an avid fan of zint lu, books and stargazing enjoyer.

    Follow Me

    • youtube
    • pinterest
    • instagram
    • tiktok

    My Followers

    Labels

    adventure book contemporary fantasy finance foundylife historicalfic history memoir penang perak psychological religious studentlife thriller untuk budak baru nak mengenal dunia youngadult

    chatbox

    #ISupportPalestine

    #ISupportPalestine

    recent posts

    Most Popular

    • Gunung Alai, A Picturesque View
    • Ulasan Buku: The Boy in the Striped Pyjamas- John Boyne

    Blog Archive

    • ►  2024 (3)
      • ►  June 2024 (1)
      • ►  May 2024 (1)
      • ►  February 2024 (1)
    • ►  2023 (14)
      • ►  November 2023 (1)
      • ►  October 2023 (7)
      • ►  September 2023 (2)
      • ►  July 2023 (1)
      • ►  June 2023 (1)
      • ►  May 2023 (2)
    • ►  2022 (7)
      • ►  January 2022 (7)
    • ►  2021 (8)
      • ►  December 2021 (4)
      • ►  November 2021 (1)
      • ►  July 2021 (1)
      • ►  January 2021 (2)
    • ▼  2020 (15)
      • ►  December 2020 (8)
      • ►  November 2020 (3)
      • ►  October 2020 (2)
      • ▼  August 2020 (2)
        • Kuasa Komik
        • Pengenalan
    • ►  2017 (1)
      • ►  April 2017 (1)

    fav blog

    • Elle Mazlan
    • Faezah Mdnor
    • Anamizu
    • SofieAdie
    • Amazing Distance
    • between the lines
    • the untold stories
    • Syazwani Izzati
    home instagram pinterest tiktok

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top