Minggu Paling Penuh Emosi

July 07, 2021

 Bismillah.

Okay aku tak sengaja edit gambar jadi warna putih terlajak lebar macam tu hahaha. Tu just gimik nak tunjuk banyak kerja je haha.

Aku nak cerita pasal minggu lepas, atau lebih tepat lagi, bagi aku, minggu 9 semester 3 asasi dan pembelajaran secara ODL (online distance learning). Sem 3 ni macam gila bebenor bagi aku. Kitorang belajar chemistry II, mathematics II, physics II dan satu kelab kokurikulum yang wajib diambil. Aku ambil yang paling senang (tak banyak kerja tapi sebenarnya banyak jugak hahahaha) iaitu kelab drama & teater. Takdelah senang nak dapat markah mana pun dan assignment boleh tahan la. Tapi bagi aku better daripada aku join kelab silat. Member aku join kelab silat, haaaaa hambik kau kena silat depan camera. Me being a shy person, memang taklah aku nak buat.

This sem, i've been trying to stay sane as hard I could. Kau bayangkan la, belajar organic chemistry dan fizik pasal electric dan litar dll tu. First of all, aku memang anti electrik dan litar daripada sejak zaman embrio lagi okayh. So bila sem kali ni kena belajar menda tu, automatik otak aku shut down and shut off semua pintu untuk benda tu masuk. Okay la aku try la jugak nak buka hati untuk belajar benda AC circuit RLC bagai tu. TAPI TAK MENJADI OKAY. Setiap kali sir cerita pasal benda tu, mood aku auto jadi moody and geram dowh. Tak tau la tapi memang benci betul elektrik ni sebab komplikated nakmampus.

Organic chem? ha.ha.ha.ha. Benda paling menyusahkan student. Tapi yang kelakarnya, madam aku selalu cakap organic chemistry lagi senang daripada physical chemistry. And I'll be like: NANII???

No komen la organic chemistry tu. Minggu ni ada quiz. Next week ada test. Hehe hihi huhu.
Berbalik kepada benda yang aku nak cerita. Minggu lepas, aku tak tahulah kenapa, tapi memang aku breakdown teroks tau. Aku menangis ada dalam 3 or 4 kali jugak minggu lepas. Dia macam, aku bangun tidur, tengok laptop, teringat benda kena belajar yang susahgilanamatey, pastu otak aku akan tersenyap gitu. I was like, okay aku kena study balik chapter blabla. Okay aku nak study tapi taknak study. Nak bangun tidur tapi taknak bangun tapi taknak tidur jugak. End up, aku nangis walaupun aku tak tahu kenapa aku nangis.

Another thing, last week aku skip 4 kelas selama 2 hari. This is actually very shocking for me when I come to my senses. FYI, I NEVER SKIP CLASS SESUKA HATI since sekolah rendah. Kecuali la kalau aku tak pergi sekolah okay. Konteks skip class aku kat sini ialah aku pergi sekolah, dan saja-saja tak nak masuk kelas. Even masa sekolah menengah, aku takde buat perangai buruk macam ni. Kalau aku tak nak masuk kelas belajar, aku akan cari alasan untuk balik rumah/rehat di bilik rehat. Tapi jarang la aku rehat kat bilik rehat sebab aku tak pandai nak tipu demam lama-lama. Biasanya, buat-buat demam sikit, mintak kebenaran warden, then call mak aku suruh datang ambik. Balik rumah, layan Kdrama! Hahahahhaa biasalah budak-budak. 

p/s: students dilarang tiru perbuatan tak semenggah macam ni

Apa perasaan aku masa skip class? Tak tahu. Aku rasa bersalah. Aku nak join class, tapi somehow I can't bring myself to do it. I don't wanna join class. Lepastu aku ambik keputusan untuk tidur sebab kalau aku tak tidur, aku akan terus dihurung perasaan bersalah.

Lepas tu bila aku bangun tidur, aku tengok jadual. Okay ada kelas lagi. Okayla jom masuk kelas. Tapi macam aku cakap, somehow aku tak boleh. Aku tak nak join. Tapi aku rasa bersalah gila-gila sebab tak join. Omg peningnya aku nak explain.

So aku tak join. Total class aku tak join = 4.

Aku duduk dalam bilik sorang-sorang, tengok dinding, then teringat betapa berdosanya aku tak join class. Rasa macam useless gila. Dahlah tak pandai, pastu tak join class pulak. Aku rasa macam tak layak nak hidup. Pastu aku menangis. Bila dah okay, aku stop menangis. Tapi benda ni agak repetitive sepanjang minggu lepas.

Aku rasa pelik tau perkara macam ni berlaku kat aku. Aku memang cepat moody bila stress. But I would never breakdown like that (?). Like, crying and stuff you know. i hate crying the most. I hate it more than I hate squids.

Ramai ke yang ada breakdown macam aku? Pelik kan? I was doing fine and all before, well yes I did try to cope with the busy schedules, but it's normal and i'm used to it tho. One second I was fine, the next I'm already crying on my knees beside my bed.

Another thing yang aku nak cerita adalah tentang keadaan nenek saudara aku. Aku panggil beliau, mok. Mok ni la yang jaga aku masa kecik sebab kedua-dua parents aku kerja kan. Aku sayang sangat-sangat kat mok sebab dia baikkk sangat dengan aku. Selalu masak bagi aku makan etc camtu. 

Takdir Allah, Mok disahkan kena kanser kat bahagian hati Januari yang lalu. Masa dapat tahu tu, beliau dah tahap akhir dah. Banyak kali buat sesi kemoterapi kat Hospital Kubang Kerian, then recently doctor cakap beliau dah tak boleh teruskan kemoterapi dah. Duduk je dekat rumah. Anak-anak dia la yang jaga. Aku datang jugak melawat kadang-kadang. My mum went to visit almost everyday Btw rumah kitorang dekat je. Tak rentas daerah pun okay.

Sedih sangat kalau aku tengok beliau. Kurus kering, nampak tulang je.




Em on second thought, let's stop talking at that.

Mohon doa siapa-siapa yang membaca entri blog aku yang sendu ni, supaya dimudahkan urusan dan diringankan kesakitan beliau.


Oh hari Ahad baru-baru ni, 4/7, kakak kedua aku balik. Dia study kat Jordan. Jordan ni mantul betul la. Masa kakak aku pergi sana Januari tahun lepas, kes Covid-19 diorang teruk gila tau. 6k ++. Tapi yang magikanya, diorang sekarang dah hampir kosong/kosong kes Covid. Diorang tak lockdown ketat macam kita tau. Lockdown diorang hanya hari Jumaat je. Kakak aku cakap maybe sebab populasi diorang sikit je dan diorang punya vaksinasi program rapid. 

Even kakak aku dah dapat dua dos vaksin. Haaa mantulllllll

Tu jela kut aku nak cerita. Aku sebenarnya rindu nak tulis diari. Aku ada dua diari. Satu masa sekolah rendah, satu lagi sekolah menengah. Sekarang aku rasa nak tulis diari balik, tapi macam takde masa. Busy bebenor guwe.

Sekarang ni, aku masih membaca buku War Cry, karya Wilbur Smith. Pages dalam 500 something. Dah dekat sebulan kut aku baca. Tak habis-habis lagi hahahhahahaah! Best cerita dia. Nanti aku buat review lepas habis baca.

Wait.... aku rasa macam aku ada janji nak tulis review Dunia Tanpa Tembok haritu hahahahhaha.

Anyway, thanks for reading blog picisan sendu ini! Annyeong =D


You Might Also Like

1 comments

  1. hi saja singgah, saya tak caya awak cakap diri awak malas,,at least awak rajin baca buku. Hhehe fighting! dengan ujian mendatang!

    ReplyDelete