Mengalu-alukan 2021

December 27, 2020

 

Bismillah.



for context: i wanted to put a pic of 2021 here, but the line's tooo slowww it got stuck few times so igaveup :'(



Tinggal beberapa hari lagi sebelum tahun 2020 melabuhkan tirai. Secara jujurnya, bagi aku tahun ni berlalu dengan begitu cepat. Tapi rasanya tahun-tahun sebelumnya pun rasa macam tu jugak hahaha.

Aku sebenarnya dah lama tak buat azam tahun baru. Sebab aku rasa useless sebab aku tak ikut pun huhu.

Sebenarnya ada beberapa perkara aku nak selesaikan sebelum berakhirnya tahun 2020 ni. And I guess I shall list em down here.


1. Giving back the money I owed my teachers.

Okay cerita dia macam ni. Masa aku tingkatan 4 dulu, aku jadi bendahari kelas. So kenalah kutip duit untuk buku latihan setiap subjek kan. Nak dijadikan cerita, ada satu member aku ni dia belum pasti nak sambung kat sekolah tu atau pindah sekolah lain. Cikgu suruh dia takyah bayar dulu buku-buku tu. Nanti bila dah confirm, baru bayar.

Tapi dia dah bayar duit tu kat aku masa tu. So aku simpankan je. Masalah timbul bila aku lupa terus kewujudan duit tu. Bila teringat, aku macam ehh haa esok aku bagi. Tapi sampai sudah tak bagi. Lepas SPM, aku re-organize my stuffs dan jumpa balik pencil case yang aku guna untuk simpan duit tu. Duit tu ada total untuk buku bio dan fizik. Pastu aku macam, omoo apa aku nak buat ni. Ingatkan nak bagi masa ambik result, tapi ya Allah guwe lupa. Asyik lupa je mampus aku.

Sekarang ni, aku tak tahu nak bagi macam mana. Aku ni bukanlah pelajar yang baik sangat, tak femes and cikgu pun maybe tak kenal aku shhshs. Tak tahu nak start whatsapp macam mana.

Tapi memandangkan mati itu pasti dan kita tak tahu bila, dan hutang tu adalah perkara yang serius, aku akan cuba usahakan jugak walaupun aaaaaaaa tacooodddd. Nanti mesti cikgu macam, "eh budak ni seriusla benda dah tiga tahun lepas dah" mesti kena kutuk auch

On a serius note, hutang ni memang isu besar. Seorang syahid boleh terhalang daripada memasuki syurga kerana berhutang. Dalam Al-Quran pun ditekankan tentang hutang ni. Ayat terpanjang dalam Al-Quran adalah mengenai berhutang.


2. Habiskan buku TBR

Ada beberapa buku yang aku nak jugak habiskan tahun ni. Tapi mood membaca tersangatt ke laut buat masa ni.

Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima oleh Azraei Muhamad




Penulis ni, aku pertama kali kenal dekat Twitter. Dia share journey dia tentang saving and financial management, which is something yang aku rasa aku patut kuasai bagi menghadapi tahun baru yang baik.

Buku ni sepatutnya bukan TBR, dia termasuk dalam kategori CR (current read) aku. Baru baca separuh, tu pun sebab masa tu Wifi rumah aku buat hal hahahas. Buku ni best bagi aku. The first financial book aku baca. Penceritaannya santai. Gaya bahasa mudah faham.

Kalau korang rasa pengurusan kewangan korang teroks, aku memang recommend buku ni untuk beginner dan amateur macam aku ni. Bolehlah buat jadi motivasi dan kick-off to something bigger.

Disclaimer : The author is not a financial guru.


Dunia Tanpa Tembok II oleh Ayman Rashdan Wong



Siri buku Dunia Tanpa Tembok ni sebenarnya ada tiga, setakat yang aku tahu. Aku dah baca yang pertama. Beli masa 10/10 sale kat Shopee. Penerbitnya The Patriots Publishing. The Patriots ni buku dia semua best-best. Setakat ni aku dah ada 5 buah buku under penerbitan ni.

Siri DTT ni menceritakan pasal geopolitik, politik dunia dan hubungan antarabangsa. Tuan Ayman tu ialah seorang yang mahir dalam bidang ni. Best gila baca buku first tu. Kau akan rasa auto genius.

Sebenarnya aku ada nak buat blog post tentang review buku DTT first tu tapi belum sempat. Tengoklah nanti kalau ada masa ahahah.


Stranger than We Can Imagine:Making Sense of Twentieth Century oleh John Higgs



Wait a minute yalls. Baru aku perasan yang ketiga-tiga buku ni bukanlah TBR list, tapi CR list. HAHAHAHAHA. Semuanya aku tengah baca. Aku sebenarnya tak suka baca satu buku separuh,then baca buku yang lain pulak. I like to focus on one book at a time tapi entahlah macam mana boleh jadi macam ni hshsh.

Okay. Buku ni aku nampak banyak review bagus-bagus kat twitter dan Google. Aku beli kat bookexcess on Shopee. Murah je dalam belas-belas ringgit gitchew.

Buku ni memang mindblowing gila nakmampus. Dia buat aku macam, "OMG BETUL LAA APA DIA CAKAP!"

Don't worry yalls. Aku akan hadam buku ni sampai habis then buat review. But one thing for sure, buku ni recommended!

Buku ni sebenarnya antara one of the books yang aku try beli untuk keluar dari comfort zone aku. Sebelum ni buku aku baca mesti semuanya pasal comedy, cinta (wekkk) and so on. Sekarang ni aku dah stop beli buku Melayu cintancintun tau hahahs. Moving on for greater good omputih cakap. Tapi betul apa. We should start reading books that can generate better thinking and ideas for a better future. Fuh


3. Start A New Habit

Habit yang aku nak start adalah:

Mandi sebelum Subuh

Tak tidur selepas Subuh

Workout

Solat Dhuha+Istikharah


Aku dah try tau buat benda-benda ni. Kadang konsisten, kadang tak. So for the last days of 2020, aku harap aku boleh jayakan misi ni. Bermula esok! Yeayy! Pray for me gais hahahahahhah. Tidur lepas Subuh syokkk do.


Untuk azam 2021, macam aku cakap di atas, aku dah lama tak buat azam tahun baru ni. So I'm still thinking wether I should do it or not.



You Might Also Like

5 comments

  1. wah bagus... kite tahun depan nak diet bebetol. ye bebetol hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe kita ingat nak kena diet jugak ni :p semoga berjaya!

      Delete
  2. menarik.. dah berasa dah nak masuk tahun baru..

    Keputusan GA dah keluar :)

    https://ejulz.blogspot.com/2020/12/keputusan-giveaway-by-ejulz-faizzahamir.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. terima kasih hehe. lain kali harap2 ada rezeki untuk menang =D

    ReplyDelete