Kuasa Komik

August 04, 2020


Assalamualaikum.




Hari ini saya ingin berkongsi tentang sebuah komik yang memberi impak yang sangat hebat dalam hidup saya. Komik yang telah memberikan saya sebuah impian dan cita-cita terhebat pernah saya impikan.

Sejak kecil, saya sememangnya dibesarkan dengan corak pemikiran bahawa saya perlu menjadi seorang doktor. Bahawasanya kerjaya seorang doktor inilah kerjaya teragung, tiada kerjaya lain yang lebih hebat, lebih baik daripada seorang doktor. Saya membesar di kawasan perkampungan, kurang terdedah kepada teknologi semasa kecil dan orang-orang kampung juga tak ramai yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading.

Tidak saya ketahui, bahawa dunia ini luas, penuh dengan pekerjaan yang pelbagai cabang hahaha.

Komik ini saya beli pada tahun 2016, ketika berusia 14 tahun. Masih muda, darah panas kata orang. Saya sememangnya penggemar komik Misi sejak dulu lagi. Jadi bila nampak komik ni di kedai buku, memang akan terus beli tanpa membelek dahulu sinopsis.

Komik inilah yang pertama kali memperkenalkan saya dengan dunia fizik. Misi  Fizik memperkenalkan saya dengan ilmu kehidupan, sekurang-kurangnya begitulah bagi saya. 

Misi Fizik benar-benar membuka mata saya, memperkenalkan saya dengan dunia baru. Selepas membaca Misi Fizik, saya mula memasang angan-angan untuk menjadi seorang yang hebat seperti Fizi. Berjalan ke kelas, kipas berpusing, kereta memecut di jalan raya. Setiap sekecil-kecil perkara dalam hidup kita boleh dirumuskan dalam rumus fizik. Bagi seorang budak hingusan, perkara ini amatlah menakjubkan dan saya rasa bersemangat untuk belajar Fizik ketika peringkat menengah atasan nanti.

Cikgu Sains saya semasa tingkatan 2 kerapkali bertukar, kerana cikgu yang asal terpaksa cuti bersalin. Ada 3 orang guru ganti selepas itu, tapi yang paling saya suka ialah Cikgu Hisyam.

Antara tiga orang guru ganti tersebut, Cikgu Hisyam lah yang paling sporting. Selamba aje dia pasang movie Angry Birds dan Train to Busan selepas mengajar untuk beberapa ketika. :P:P:P

Cikgu Hisyam ni alumni sekolah tersebut. Beliau belajar bidang perubatan dan ketika itu, sedang menunggu panggilan posting daripada pihak hospital. Atas permintaan sekolah, beliau berbesar hati untuk mengisi kekosongan guru. 

Sebarang kekeliruan dan pertanyaan lebih lanjut tentang fizik, segalanya saya ajukan kepada beliau. 

Misi Fizik buat saya menangis :;( gembira dan terharu. Cita-cita Fizi besar, nun jauh ke angkasa sana. Impiannya untuk menakluk angkasa. Sesuatu yang tidak pernah saya terfikir, apatah lagi berangan.



"Kamu lebih hebat daripada yang kamu fikirkan" - Prof Afkar



You Might Also Like

0 comments