Friday, August 05, 2016

Cystic Acne


Assalamualaikum.



Have you ever had your nightmare of the life?

Well, I hadn't really, but one of my girlfriends had.

Jerawat batu atau cyctic acne. (aku taktau la google translate tu betoi ke tak. Kalau tak, memang dah sah-sah kena kelentong aku ni) anyway, start form 1 lagi dia dah ada benda ni. Masa tu, biasa-biasa aje. Naik form 2, masalah cystic acne dia jadi makin teruk. Kesian dia tau. Dia cakap, dia kena pantang makan ayam selama 5 tahun. 

Erkk that long?
**nod.

......aku takkan pernah boleh hidup hanya dengan ikan selama 5 tahun. Chicken's been my style (yehet all EXO-L!!) ever since aku terlekat ikan bilis masa kecik dulu. Since then, aku akan makan ikan bilis umi je.

Tapi takdela sume jenis masakan ayam dia tak makan. Buatnya haritu makcik dewan makan masak ayam je semata-mata, mahu tak kebulur anak orang? haha

so aku pon rasa kesian laa dia cantik kut. aku pon terpikir, agak-agak berapa ramai orang cam dia ehh??

So aku google. 

Cara nak hilangkan jerawat batu. *press enter


Tadaaaa! Waduh zaman skang segalanya di ujung jari aja sihh

Lupa pulak nak cakap, haritu ada budak indon 6 girls, 3 boys yang datang bertamu ke sekolah aku for 2 days and 2 nights. Program pertukaran pelajar Malaysia-Indonesia katanya. Woaahh diorang memang bingit habis. Aku nak tido pon terganggu.

Tapi lawak la jugak. Diorang punya la semangat nak makan ramen (samyang ke apa entah namanya) sampai berebut habis. Aku bantai gelak la adoii apa cantik-cantik sekalian nggak pernah makan ramen? Waduhhh rugi amat sihh kasian aku lihat sama kamu

haaa amacam? power tak Indon aku? Berkat tengok Mutiara Hati setiap petangg tuu..

Blabla habis citer pasal Indon. Back to the critical crisis yang kita tengah bincangkan.

But wait! Sebelum tahu cara untuk mengubat, kita kena tahu punca acne ni dulu

1. Kurang menjaga kebersihan

Mungkin pada awalnya hanya tumbuh jerawat2 kecik aje namun bila dibiarkan makin membesar dan membiak dengan banyakkk. Lagi satu, sebab kita picit jerawat guna kuku etc yang akan menyebabkan jerawat batu.

2. Faktor keturunan

3. Alergi

Biasanya disebabkan alergi pada suatu makanan. Jadi, hindarkan makanan itu kalau boleh.

4. Sel kulit mati

Peningkatan sel kulit mati bercampur dengan kotoran, debu, dan minyak akan menyebabkan penyumbatan pada pori-pori. Maka jerawat batu pun timbul


So antara cara to get rid of the cystic acne is :

1. Baking Soda

Haaa ko ingat baking soda untuk baking cake aje ?? isk isk... hangpa dah salah pikir! Benda ni pun bagus untuk hilangkan acne tauu

caranya, kita sediakan baking soda secukupnya. campurkan ia dengan sedikit air agar menjadi kenyal.

Next, oleskan pada wajah yang berjerawat. Biarkan selama 15 minit. Dan akhir sekali, bilas dengan air dingin.

fuhhh senangg je

2. Tomato

sediakan 1 buah tomato matang. belah ia menjadi 2 bahagian. gunakan 1 bahagian untuk bahagian wajah sebelah kiri dan sebelah bahagian lagi untuk wajah sebelah kanan. gosokkan dengan halus dan perlahan pada wajah yang berjerawat hingga rata. tungguu 15-20 minit sehingga tomato itu kering. basuh dengan air dingin.

3. Putih Telur

Sediakan putih telur. Oleskan putih telur pada bahagian yang berjerawat. Biar hingga kering dan basuh dengan air dingin.

4. Kentang

Ambil 1 buah kentang dan cuci hingga bersih. Parut/blender kentang tersebut. oleskan pada bahagian wajah yang berjerawat. Biarkan selama 20-30 minit. dan basuh dengan air sejuk.

Seelok-eloknya, lakukan cara ini sebagai rutin. Selain bermanfaat untuk menghilangkan jerawat, ia juga membantu menjadikan kulit semakin cerahh yeayy

No comments:

Post a Comment