Saturday, July 09, 2016

Orang Kita, Orang Turki


Assalamualaikum.


Just quite recently aku ada tengok satu rancangan TV ni. Aku lupa tajuk dia apa tapi pengacara rancangan tu pergi ke beberapa buah negara dalam masa 30 hari bulan Ramadan. Aku tak rasa rancangan tu dirakam tahun ni sebab akhir sekali pengacara tu (aku lupa nama) beraya kat Oman.

Apabila berpuasa kat sana, pada hari last puasa, si pengacara pun berkenalan dengan sorang pakcik Turki. Pakcik tu bersetuju untuk bawak DD (pengacara tu laa, senang sikit) pergi jalan-jalan sekitar pasar untuk beli barang-barang raya blablabla. lepas beli barang-barang raya, DD tu ikut pakcik turki pergi lawat kubur.

#1 Orang Turki lawat kubur sehari sebelum raya

then DD bual-bual laa ngan pakcik turki tu. pakcik tu cakap, Turkish ni akan bagi duit raya sehari sebelum raya. cara dia bagi tu bukan macam kita. dia akan pergi kat budak-budak senyap-senyap and then bagi angpau tu secara diam-diam. so kira cam sedekahlah. sedekah kan kena bagi secara sembunyi. sehingga nabi cakap, bersedekah tu biar tangan kiri tak tahu pun apa yang tangan kanan sedekahkan.

#2 Orang Turki bagi duit raya sehari sebelum raya (diam2)

apa yang bagusnya, bila kita buat macam tu, dapatla pahala lebih. bukan ke bersedekah di bulan ramadan pahalanya berlipat kali ganda??

satu sunat = satu fardu

Bila kita bagi duit raya bulan syawal ni, pahala tu tak sebanyak pahala bersedekah di bulan ramadan haaa cane tu??

so aku pikir la, benda camni dah lama kan. dah lama sangat jadi budaya rasmi resam masyarakat Melayu kita. Mesti payah nak ubah kan kann. tapi aku rasa, apa salahnya kalau kita ubah sikit budaya beri duitraya tu... kan ke lagi bagus kalau kita contohi budaya orang Turki?

benda baik, apa salahnya kita ikut? bukan memudaratkan pun...

.................pesan sorang sheikh Arab, Hari Raya ialah farhah. Farhah bahasa arab. Maknanya, gembira etc. dia cakap, orang Melayu suka sangat lawat kubur masa Hari Raya. Bagus, boleh aje. Tapi kena ingat, pada Hari Raya, kita perlu gembira. Tak mau sedey sedeyy. Hari Raya kan hari kebahagiaan kita, hari kemenangan umat Islam.

No comments:

Post a Comment