Friday, June 17, 2016

Kewarakan Imam Abu Hanifah


Assalamualaikum.

It's been a long time, hasn't it? Hahaha. Definitely. Bukan aku lupa nak update blog, tapi aku terlalu sibuk dengan games and manga. 

Anyway, aku taktau nak tulih apa. Tapi arini akan ku kongsikan satu cerita tentang Imam Abu Hanifah. 

So let's start right now ~~


Cerita PERTAMA -


Imam Abu Hanifah terkenal sebagai ulama feqah terbilang. Beliau juga menguasai bidang-bidang ilmu yang lain seperti hadis, tafsir, sirah dan sebagainya. Walaupun sangat berilmu, tetapi Imam Abu Hanifah seorang yang merendah diri.


Beliau tidak pernah menunjukkan kepandaiannya di hadapan ibunya. Satu hari, ibunya menyuruh Imam Abu Hanifah bertanyakan masalah agama kepada seorang guru bernama Umar bin Zar, kawan Imam Abu Hanifah. Suruhan itu dipatuhi dengan sebaiknya.

"Kenapa engkau bertanya kepadaku sedangkan engkau lebih mengetahuinya?" tanya Umar bin Zar.

"Ibuku menyuruh aku bertanyakan kepadamu," jawab Imam Abu Hanifah.


"Enkau beritahulah aku jawapannya. Nanti aku beritahu semula kepadamu." balas Umar.

Lalu Imam Abu Hanifah pun memberi jawapannya. Kemudian Umar bin Zar menyebut semula jawapan itu bagi pihak dirinya yang memberitahu kepada Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah pun pulang memberitahu ibunya jawapan daripada Umar itu.


Cerita KEDUA -

Suatu masa, Imam Abu Hanifah telah menyelesaikan masalah isteri Khalifah Al-Mansur. Sebagai tanda terima kasih, isteri khalifah mengirim hadiah kepada Imam Abu Hanifah. Tetapi beliau menolak dengan sopan.


"Sampaikan salamku kepada khalifah dan isteri baginda. Katakan kepada mereka, aku berjuang kerana Allah. Aku mengikut apa yang diredai Allah. Aku tidak berharap kepada sesiapa pun dalam hal agama," pesan Imam Abu Hanifah kepada utusan khalifah.

Pengasas mazhab Hanafi ini seorang yang sangat kuat beribadah. Beliau menunaikan solat Subuh dengan wuduk yang digunakan semasa solat Isyak. Khatam Quran beberapa kali dalam satu malam adalah perkara biasa baginya.


Cerita KETIGA -


Satu hari, Imam Abu Hanifah duduk di tengah panas cahaya matahari berhampiran dengan sebuha rumah. Apabila ditanya orang, mengapa tidak berteduh sahaja di bawah bayangan rumah itu, dengan tenang dia menjawab.

"Tuan rumah itu ada berhutang denganku. Aku tidak mahu berteduh di bawah rumah bayangan rumahnya kerana dengan itu aku sudah mendapat manfaat daripadanya."


#hari_ni_hari_sabtu   #hari_ni_balik_ke_asrama #naknanges

No comments:

Post a Comment