Friday, February 12, 2016

Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.


Assalamualaikum.

Masa aku kecik-kecik dulu, aku suka baca banyak majalah and then, kalo aku rasa tertarik dengan gambar or citer kat dalam majalah tu, aku kerat la,then tampal dalam satu buku latihan yang aku buat khas. Serius, tiap kali aku baca buku tu, aku rasa cam, "Allah, cenggini ke aku yang dulu? Alololo....comeinya.." :P ups terlevih sudah.

Wokay, so aku belek-belek buku yang aku namakan sebagai Koleksi ASZ tu. (euwww,) , whateva, aku jumpala keratan citer pasai Saidina Abu Bakar, sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang kalo tak silap, aku, namanya ada disebut dalam Al-Quran. yepp satu-satunya sahabat yang namanya disebut. Subhanallah... :)

I mean, hangpa tak payah la pi bukak terjemahan Al-Quran, then carik nama dia satu satu. Memang ah tak jumpa. Sebenaqnya, bukanlah nama dia disebut secara terang-terang, tetapi kalau tak salah aku... ingat lagi tak kisah Nabi dan Saidina Abu Bakar ketika bersembunyi daripada orang kafir di Gua Tsur.

Kisah ketika dalam gua itu ada disebut dalam Surah Al Baqarah,40:

 "Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana."


InshaaAllah, kalian bisa rujukin Al-Quran balik yaa... Kalau aku salah, bleh tolong betulkan =D

Okay, duh aku selalu aja berpusing dari main point. Anyway, citer yang aku kerat tu cenggini :

Abu Bakar As-Siddiq R.A. adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling besar pengorbanannya untuk perjuangan Islam. Setelah Rasulullah S.A.W. wafat, umat Islam memilih Abu Bakar untuk menjadi khalifah pengganti Rasulullah S.A.W. Meskipun menjadi khalifah, Abu Bakar tetap menjalani kehidupan seperti mana layaknya orang biasa.

Pada suatu pagi terlihat beliau sedang memikul segulung kain menuju ke pasar. Melihat itu orang ramai tertanya-tanya, apakah yang sedang dilakukan oleh Khalifah umat Islam itu. Umar R.A. terlihat kejadian itu lalu bertanya.

"Hai Abu Bakar, hendak kemanakah engkau dengan membawa segulung kain itu?"

"Aku hendak menjualnya di pasar untuk mencari rezeki buat keluargaku."

"Jika seorang pemimpin uma menghabiskan waktu di pasar untuk berniaga, siapakah kelak yang akan menjalankan urusan kepimpinan?" tanya Umar. 

Akhirnya mereka berdua bermusyawarah dengan Abdullah bin Jarrah. Mereka memutuskan bahawa sebagai khalifah, Abu Bakar berhak mendapatkan upah bulanan senilai dengan setengah ekor kambing serta sehelai pakaian setiap tahun.

Sejak itu hiduplah Abu Bakar dengan anak isterinya secra sederhana. Wang beberapa dirham itulah yang mereka makan sepanjang bulan. tidak ada kemewahan dan kelazatan yang mereka rasakan dalam hidup sehari-hari. Sebab Abu Bakar sekarang tidak lagi berniaga dan hanya makan wang gaji yang sangat SEDIKIT.

Suatu hari di akhir bulan, Abu Bakar As-Siddiq R.A. pulang ke rumah dalam keadaan penat setelah seharian bekerja menjalankan urusan pentadbiran umat. Beliau sangat gembira kerana pada hari itu, isterinya memasak makanan yang sangat sedap. Bahkan isterinya juga membuat sejenis kuih yang sangat lazat. 

Namun sebelum menyentuh kuih itu Abu bakar As-Siddiq R.A. bertanya , "Setahu saya kita tiada wang lebih untuk makanan. Dari manakah adinda mendapat wang untuk membuat kuih ini?"

"Sememangnya gaji yang didapatkan itu sangat sedikit dan hanya cukup untuk makan sehari-hari sahaj. Tetapi kerana teringin sangat untuk membuat kuih muih ini, maka saya telah berusaha untuk mengurangkan wang makan seharian dan menabung setiap hari. Maka hasilnya pada akhir bulan, duit tabungan saya cukup untuk membeli barang keperluan untuk menyediakan kuih ini," demikian jawapan isterinya.

"Duhai isteriku, ketahuilah bahawa kuih ini tidak halal bagi kita. Sebab wang yang kita terima itu diamanahkan kepada kita untuk memberli makanan biasa sahaja."

Keesokan harinya Abu Bakar R.A. mendatangi Abdullah bin Jarrah dan berkata, "Wahai Abdullah, POTONGLAH gaji bulananku beberapa dirham. Sesungguhnya wang yang aku terima selama ini masih terlalu banyak sehingga isteriku masih dapat membuat kuih-muih dengannya."


Allahu Akbar! Itulah Khalifah Abu Bakar...

Subhanallah, demikianlah hati seorang Khalifah yang ikhlas dalam menjalankan amanah Allah. Keikhlasan yang bercahaya di hatinya telah menunjukkan kepadanya bahawa haknya hanyalah wang gaji yang cukup untuk makanan sahaja. Saat wang itu berlebih bahkan untuk membuat SEDIKIT KUIH-MUIH pun, maka lebihan itu mestilah dikembalikan untuk umat Islam. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan hidayah supaya dapat mengikuti jejak keikhlasan Abu Bakar As-Siddiq R.A.

So, amacam? Kalau nak dibandingkan pemimpin zaman dahulu, dengan pemimpin sekaranggg.........

Jauh. Jauh sekali berbeza.

Kenapa?

Kerana apabila pemimpin itu tidak menjadikan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. sebagai tunjang kepimpinan, maka hancurlah sesebuah negara itu sendiri.
Mengaku negara Islam, tapi rambut berkarat, bagi lelaki-telinga ditindik, pakai gelang, pakai subang, pakai rantai....
Tattoo dibangga-bangga, mengaku tutup aurat, mengaku Islam, tapi baju ketat macam _______(sila isi sendiri)




"Ada seorang perempuan memakai tudung, tapi tak solat. Seorang lagi tak pakai tudung, tapi solat. Dosa yang mana lebih besar?"


Dosa yang paling besar adalah syirik. Alhamdulillah, keduanya tak syirik.

Kemudian, dosa besar yang lain adalah meninggalkan solat. hukumannya berat.
Hudud orang yang tidak solat, hukumnya mati. Walaupun ada yang mengatakan perlu dipenjarakan terlebih dahulu, apabila masih enggan mengerjakan solat, baru dihukum mati.

Sebaliknya, bagi orang yang tak pakai tudung, tidak termaktub dikenakan hukum hudud.

Ini menunjukkan, solat adalah kewajipan yang berat dan dituntut. Orang yang tak mau pakai tudung, tapi masih mahu sujud kepada Allah, lebih baik daripada orang yang memakai tudung, tapi tak mahu sujud kepada Allah S.W.T.. 
LEBIH TERUK DARIPADA SYAITAN.


---------> Credit to Deme Wasap, Ambe Reply berkenaan Fikah Remaja : Ustaz Azhar Idrus

Ingat! Apa yang kita makan, itulah yang menjadi darah daging kita. So, makanlah makanan yang halal dan toyyiba (baik). :)


No comments:

Post a Comment