Thursday, February 04, 2016

Kisah Seorang Alim


Assalamualaikum.


Ni citer yang aku dengar masa taa'lim kat sekolah aritu. Tak ingat hari apa. And tak pasti citer betul ke tak. Wallahua'alam.

Ada seorang alim yang selalu beribadah kepada Allah. Pada suatu hari, dia melihat seorang abid yang menangis ketika sedang beribadah. Abid itu sebenarnya ialah syaitan yang menyamar.


Si alim itu pun berasa kagum dengan 'abid' itu kerana mampu menangis bersungguh-sungguh. Dia pun bertanya, "Wahai saudaraku! Bagaimana kamu boleh menangis dengan sesungguhnya kerana Allah?"

'Abid' menjawab, "Ketahuilah saudaraku, bahawa aku dahulunya seorang pendosa. Semua jenis dosa aku buat. Oleh itu, sekarang aku ingin bertaubat kepada Allah."

Si alim itu semakin ingin tahu. "Macam mana aku boleh menjadi seperti kamu?"

Syaitan yang menyamar itu segera memasang jerat. "Kamu buatlah dosa dahulu. Selepas itu, baru bertaubat. Pasti kamu akan rasa apa yang aku rasakan."

Si alim tersebut termakan hasutan syaitan laknatullah. Dia pun mula melakukan dosa-dosa dan kemungkaran.

Sehinggalah pada suatu hari, ketika sedang melakukan kemungkaran, malaikat maut datang mencabut nyawanya dan Allah kemudian mematikannya. Maka matilah dia dalam keadaan sedang melakukan maksiat.


So, pengajarannya, janganlah mudah terpedaya dengan hasutan syaitan. Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya diteguhkan iman dan agar berada pada jalan-Nya. InshaAllah, semoga kita semua akan sentiasa berada pada jalan yang lurus. 

Kan kita kan doa tiap-tiap hari kat Allah???


Amiin......

Semoga kita sedang berjalan pada jalan yang lurus, jalan fisabilillah... :) ><


Keep praying,

No comments:

Post a Comment