Friday, February 12, 2016

Hidayah Dan Rahmat


Assalamualaikum.

Ni ustaz aku la yang citer kat aku. Time tu masa PAI. Dia tanya kat banin (budak lelaki):

"Hah awak!" *sambil tunjuk kat sorang ni. "Ada kekasih dak?"

*geleng

"Pelawok (penipu). Awak ada kekasih..."

*geleng, dah nak nanges uhuhu

Lepas tu ustaz, I call him Ustaz Dhuan. UStaz Duan tanya seorang pelajar banat (budak pompuan) soalan yang smaa, dan jawapan pun sama je. Mata merah dah kawan tu.

Lepas tu ustaz cakap : Pada suatu hari, awak (merujuk kepada budak lelaki) gi jalan-jalan. Lepas tu, awak nampak sorang pompuan. Comeinyaaa... awak pon berkenann dengannya. Lepas tu, tanyalah jiran-jiran sbeelah, nama dia apa? Nama dia Hidayah."

"Dia suka lelaki jenis apa?"
"Lelaki jenis kaki masjid, kaki solat, kaki usrah, suka baca Al-Quran, hobi berzikir.... bla bla"

"Awak pon nak buat apa? Awak bukan baik sangat. Malam-malam kul 2, 3 pagi bangun.... ambik kunci motor, start enjin, gi jalan..."
*ustaz tanya kat budak lelaki

Budak lelaki jawab : "Berubah!... Buat baik...."

"Haa betoL! Tu la caranya untuk mendapatkan Hidayah. Senang je kan? Lepas tu Hidayah tengok, Hidayah berkenan. Bagus  budak ni... Kaki taalim, kaki surau, bla bla...."

*satu kelas bising, riuh hehe

Ustaz : "Budok perempuan pulak, satu hari, awak gi pasar. Nampak sorang budak lelaki ni, pakai kopiah, nama dia....."

"RAHMAT!"   *sume orang jawab

"Betol!"

*gelak

"Awak berkenan sangat dengan dia. Rahmat suka budak perempuan menutup aurat, lemah-lembut, suka bangun solat tahajud pada waktu malam, bla bla... awak pon nak buat camne?"

"BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK!""

"Betul! Tepat 200%!"

"Akhirnya, lelaki berjaya mengahwini Hidayah, dia akan selalu beramal ibadah kerana kalau tak, Hidayah akan tinggalkan dia. Samala macam perempuan. Perempuan kahwin dengan Rahmat. Kalau tak solat, freehair bla bla, Rahmat akan tinggalkan awak. Nak macam tu?"

"TAK NAK!"


Sekian... Ni citer betol yang aku ulas mengikut kreativiti aku. Hikhik kreativiti la sangatttt
Dapat tak pengajaran dia? Untuk mendapatkan hidayah dan rahmat Allah, bukanla kena tungguuuuu sampai musang tumbuh janggut. AKAN TETAPI, berubahlah ke arahNYA. InshaaAllah.... berubah drastik payah. Slow-slow okaayy

Peace yo!>_<

No comments:

Post a Comment