Thursday, December 31, 2015

New Year Resolution



Assalamualaikum.








Biasanya setiap tahun aku buat azam baru. Tapi tak pernah ada satu tahun pun yang aku berjaya memenuhi azamku. Yuppp aku tau. Teruk gila disiplin diri aku...


Tapi takpe. At least aku try. Alang-alang arini dah last day of 2015, meh sini aku rangka azam tahun 2016.


Biasanya azam-azamku yang tahun-tahun lepas, aku nak jadi rajin, nak solat tepat pada waktu, nak buat sume keje sekolah, and so on yang macam konon-konon goody-two-shoes-perfect girl.


Well, tahun lepas aku amek UPSR, so azamku pada tahun 2014 ialah, aku berazam nak jadi geeeky girl. Buku 24 jam kat tangan. Bangun kul 4 pagi, solat tahajud, study. Hahaha pengaruh drama and novel.


Tapi yelah, macam mana pun, aku tak lepas dari godaan. Jangan cakap buku melekat kat tangan, nak buat kerja sekolah pun hampeh! Haaa jangan taktau, aku dan kerja rumah sama cam Tom & Jerry. Dahlah study pun last minute. Memang pemalas. Hadek2 kat umah jangan tiru aii tau hikhik.


Bile dekat ngan exam jela mula menggelebah. Haa jangan buat taktau, exam UPSR aku kene repeat tau. Pasal bocor. So after the first time (yang bocor tu) exam, ada break kejap. Umi aku cakap :




"Aina kalau nak belajar, belajar laa. Tapi kalau taknak, takpelah. Umi tak paksa. Kesian umi nengok."


Yeayyyyy hahaha sporting tak mummy aku?? well, aku apa lagi, memang tak sentuh bukulah dalam masa break tu... kecuali kalau kat sekolah. Terpaksa kayy. T.E.R.P.A.K.S.A. Huh! Just so you know, aku suka belajar, tapi tak suka buat kerja sekolah. That's the truth. Terimalah ianya seadanya.


Hek eleh, sebenarnya bukan aku sorang je yang tak sentuh buku (kalau kat umah), besties aku yang lelain tu pun cam aku jugak. Dua kali lima aje. Yelah, nama pun besties, kompemlah sekepala ya tak??


Hangpa bayangkanlah, kitorang periksa, kalau tak silap aku, kat sebulan gitu. Fuhhh! Naya! Mujur UPSR yang kene repeat, ce kalau SPM kene repeat? Nanges tak berlagu aku. Naudzubillahimindzalik...!


Wokay apa bende yang aku mengarut haban ni? K. Fullstop pasal citer hidup aku yang dah lepas.


So berbalik pada azam ku for 2016 year, apa yang aku nak buat eh?


Ok.

1. Nak fokus mengulang juz 30, 1, 2. Biar lekat 3 juz tu selamanya.

2. Nak MUMTAZ I'DADI. Huhuhu nak nanges


3. Baiki tulisanku yang macammm .... emm... antonim kepada cantikk.. kakak2ku selalu kutuk tulisan aku (mentang2lah tulisan dorang lawa humpph!), then aku akan jawab :




"Nak buat camne? Tulisan doktor memang cenggini"


Yeah that's the fact you know ^-^ 

Ingat doktor ada masa ke nak tulis lawa-lawa? Baru aje nak tulis, pesakit dah meraung. Haaa see? sebab tu la aku nak tanya, kenapa takde 'Hari Doktor Sedunia'? Sian doktor-doktor. rasa cam tak dihargai jee. duh

Okeyla tu je rasanya. Jangan layan sangat aku merepek merapu nih.


No comments:

Post a Comment